Cinta akan puisi dan gemarkan picisan Hlovate. Pengikut puisi Fynn Jamal&pengumpul novel Hlovate.
Menulis dari hati untuk sampai ke hati.
Simple but complicated.
Ya Allah, bukakanlah untukku pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu kesihatan, pintu-pintu nikmat, pintu-pintu keberkatan, pintu-pintu kekuatan, pintu-pintu cinta sejati, pintu kasih sayang, pintu-pintu rezeki, pintu-pintu ilmu, pintu-pintu keampunan dan pintu-pintu syurga. Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Syukur kehadratNya krn msh mberi akupeluang utk mjalani kehidupan yg pnuh onak duri ini..Malam ni xde pe yg aku nk merepek..juz nk kongsi ape yg aku suke bc ngn korang..aku mmg minat gler bc novel. pd aku bila bc nvl ia sdikit sbyk mngajar kita tntg khidupan..erti kehidupan yg sbnr..wahwah..nvl 1st yg aku bc ialah BICARA HATI..nvl nih besh gler..so pd sesape yg xbc lg p la dptkn kat pasaran..hukhukk..now da hampir 15 nvl yg aku bc..kdg2 ade jgk bc byk2 kali...cuz x pnh jemu dgnnya..hukhukk... kdg2 bila kite bc..kite akn rs watak dlm citer tuh adlh dri kite sndri..;)..wah! syok sndri plak.huhu..tp mmg besh!!! aku suke sume novel DAMYA HANNA..wah..nme pon da besh..apth lgik nvl2nye..now dlm proses nk abiskn bc nvl tjuk warna hati..hukhukk... dulu tyme duk ostel pnh jgk menulis crita sndrik...juz utk renungan dri sndri...xpnh bg org bc pon..huhu..stiap org punyai hobi yg bbeza..so aku mmg pantang ade pen o pensel kat tangan..mst nk mconteng jerk kejenye..ntah sape2 punye kertas n buku...so pd kwn2 aku diorg mmg da biasa...sorry!..hehe.. kekadang kite boleyh luahkn ape yg kite rs hnye pd sehelai kertas!!wihuuu... jiwang kew..????TAK LAH!!!.. huhu...so pd korg yg xsuke bc buku SEJARAH tuh..p la bc NOVEL..kompem x buhsan punye! haha..
k la,, now nk smbung wat asemen lak.. da nk pukul 1pg.. mao tdo plk.. huhu..
semoga esok msh ade ruang utk ana melihat kebesaran Allah..amin.
Wahai insan, renunglah engkau akan nasib diri Wahai qalbu, sedarkah engkau akan gerak hati Wahai aqal, terfikirkah engkau akan apa yang bakal terjadi
Andai ini merupakan Ramadhan ku yang terakhir kali Buatku sekujur jasad yang bakal berlalu pergi Tatkala usia bernoktah di penghujung kehidupan duniawi Pabila tiba saat tepat seperti yang dijanji Ilahi Kematian...adalah sesuatu yang pasti.....
Andai ku tahu ini Ramadhan terakhir Tentu siangnya aku sibuk berzikir "a'la bizikrallahi tat mainnal qulub" [Bukankah dgn berzikir itu hati akan menjadi tenang..] Biarpun anak tekakku kering kehausan air Tentu aku tak akan jemu melagukan syair Rindu mendayu.. Merayu... Kepada-NYA Tuhanku yang satu...
Andai aku tahu ini Ramadhan terakhir Tentu solatku dikerjakan di awal waktu Solat yang dikerjai... Sungguh khusyuk lagi tawadhu' Tubuh, minda, dan qalbu...bersatu memperhamba diri Mengadap Rabbul Jalil... Menangisi kecurangan janji "innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin" [sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekelian alam]
Andai aku tahu ini Ramadhan terakhir Tidak akan aku persiakan walau sesaat yang berlalu Setiap masa tak akan dipersia begitu saja Di setiap kesempatan juga masa yang terluang Alunan Al-Quran bakal ku dendang...bakal ku syairkan
Andai ku tahu ini Ramadhan terakhir Tentu malammu aku sibukkan dengan Berterawih... Berqiamullail... Bertahajjud... Mengadu... Merintih... Meminta belas kasih.... "sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MUtapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"
Oleh itu duhai Ilahi... Kasihanilah daku hamba-MU yang... Hina.. Dhaif.. Jahil.. Lagi Banyak Dosa ini.. Menikmati bulan yg dirindui oleh nabi dan sahabatNya.. Moga setiap langkah ku zuhud kepada MU.. Moga ku istiqamah di ramadhan ini..
Kata sesetengah ulama, Lailatulqadar berlaku pada satu malam tertentu seperti malam 21 dan 23 Ramadan. Ini menurut Imam Syafie r.a dan sesetengah ulama kerana ada hadis Bukhari dan Muslim yang menceritakan Lailatulqadar berlaku pada malam tersebut sehingga Rasulullah saw sujud dan dahinya yang mulia masih berlumuran tanah pada malam itu. Ada sesetengah ulama, tidak menentukannya secara pasti dan ada juga ulama terutama dari kalangan para zuhad dan sebagainya mengira dengan hari permulaan puasa.Menurut mereka, sekiranya permulaan puasa jatuh pada hari Ahad atau Rabu maka Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-29. Jika bermula puasa pada hari Jumaat atau Selasa, ia jatuh pada hari ke-27 dan jika permulaan puasa pada Khamis, Lailatulqadar berlaku pada 25 Ramadan. Sekiranya awal puasa pada Sabtu maka Lailatulqadar jatuh pada hari ke-23 dan jika awal puasa pada Isnin, seperti tahun ini, maka Lailatulqadar jatuh pada malam yang ke-21. Demikianlah kaedah yang diguna pakai oleh sebahagian ulama termasuk Imam Abul Hasan r.a. Tegas beliau: Aku tidak pernah terlepas malam Lailatulqadar tersebut dengan menggunakan kaedah ini''. Tanda dan alamatnya adalah banyak, antara lain malam itu sendiri berlalu dengan penuh keheningan dan tenteram, angin bertiup lembut sepoi-sepoi bahasa dan esoknya, pada pagi hari kelihatan langit agak redup dan cahaya matahari tidak begitu menyinari ruang angkasa dan macam-macam lagi. Hikmatnya ialah apabila seseorang mengetahui malam Lailatulqadar tersebut, maka eloklah diperbanyakkan doa dan istighfar juga ibadat pada malam dan keesokannya, untuk mendapatkan fadilat hari yang penuh berkat dan mulia itu. Yakinlah apabila seseorang itu bersedia setiap malam Ramadan dengan ibadat, sekurang-kurangnya bersolat jemaah setiap waktu, Maghrib, Isyak dan Subuh, kata ulama dia pasti memperoleh fadilat malam Lailatulqadar Oleh itu bersolatlah dengan tekun dan berterusan terutama pada bulan Ramadan al-Mubarak ini. Walau tinggal beberapa hari saja lagi malam-malam di bulan Ramadhan, pastikan kita menjadi juara diakhirnya nanti. Semoga Ramadhan kali ini menjanjikan kita kemenangan. Kemenangan melawan dan menguasai hawa nafsu. InsyaAllah.
hye,, buhsan2!..hukhukk..urm..mlm ni x taw nk merapu ape..lately sgt bz dgn asemen n exam 4 mid term..wish me luck!..1 paper jerk..arap2 x kntoi lgik..hukhukk..mcm da tlbih stdy..wihuu..wahwah...sgt x sabo nk balik..so tpkse siapkn sume keje dulu spy cuty ni bley enjoy2!..wahh..pdhl kalo wat balik kt umah pon bknnye buat..hukhuk..almaklumlh..sgt RAJEN orgnye..urm..ntah la...actually,,mggu ni sgt sdeyh..tataw knp..knp eak..?..ntah la LABU....;).. alamak!!secret2!...hehe...kdg2 jd MISTERI itu bagus..(",),,huhu... adeyh..nsb bek ade kwn2..thnx la kat diorg cuz byk tlg aku spjg kt cni..jaoh dr fmly..thnx frenz!,, luv u so much!!..thnx jgk pd someone yg aku xpnh jupe MISS DOLALI..(dye adik doraemon..huhu) sorry la tp aku suke pggl dye nme tuh..hukhuk..thnx cuz byk bg support tyme aku jatuh tduduk kesedihan..thnx cuz sudi dga aku mrapu2,,borak2 ntah pape topik n mcm2 lg la..thnx a lot dear!..hpfully 1day we cn meet each other!..p melancong ke,,jln2..shupink2!..hukhukk..sgt bsyukur dgn kehadiran kalian dlm idop aku..kdg2 trasa diri ni x layak utk mnrima sume ksh syg o keperihatinan korg tuh,,,tp aku akn cuba jd insan o shbt yg mhargai n mbhgiakan korg dkala korg perlukn someone dcc..chewah!..saat aku sdeyh korg lah yg akn buat aku ketawa..dan bila aku ketawa korg la yg buat aku gler!..huhu.. tp 1 yg aku mintak pd kalian...pimpinlah aku menuju jln yg lurus,,jln yg diredhai Allah..semoga ukhwah kita sentiasa dberkati olehNya...dan smga persahabatn ini tdk berakhir hnya dcni.. Doaku smga kalin semua drahmati n dberkati oleh Allah S.W.T..
urm..
byk ag nk tulis nih..tp mata da ngantok n asemen pon xsiap lgik..huhu,,so nk tdo dulu..esok jupe lg andai diri ini dpjgkn umo..
nyte sume..
owh ya! ni lgu pebret aku n aku ddcate kt korg sume..
CEBISAN KENANGAN
ukhwah yang terbina persis sekuntum bunga meski pun kini kita terpisah demi kasih-Nya namun cebisan kenangan kita sentiasa bermain di bayangan mata detik waktu yg berlalu menjadi memori kau dan aku
sewaktu kita bersama saling setia menimba ilmu tanpa mengeal erti penat jemu igatkah kau lagi kita bersama memijak onak duri ditanah gersang mengutip semangat suci kini segalanya tersurat dalam sanubari
bersabarlah dengan ketetentuan-Nya ada rahmat yg tersembunyi bertemu berpisah kerana Allah lumrah kehidupan insan beriman moga saat nan indah ku harap berulang lagi
Wua...demam o0o0 demam.. waduh...beshnye kalo tyme nih mak ade kat sblh..ilang rs sakit,.. sdeyh2..sdeyh ya amat!! rindunye kat maa... arghhhhh....... "maa,,,nk balik umah..!" huh...3 asemen need to b done b4 rye nih da la cuty rye xsmpai smggu.. plk tuh balik kg lmbt pd org... adoii...btmbh la ksdihhnnye...
Ya Allah.. andai kesakitan ini mampu mghapus sgla dosa2 kecilku.. aku redha dgn ketentuanMu.. Ampunilah dosaku Ya ALLAH..
Ketika diri mencari sinar Secebis cahaya menerangi laluan Ada kalanya langkahku tersasar Tersungkur di lembah kegelapan
Bagaikan terdengar bisikan rindu Mengalun kalimah menyapa keinsafan Kehadiranmu menyentuh kalbu Menyalakan obor pengharapan
Tika ku kealpaan Kau bisikkan bicara keinsafan Kau beri kekuatan, tika aku Diuji dengan dugaan? Saat ku kehilangan keyakinan Kau nyalakan harapan Saat ku meragukan keampunan Tuhan Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala
(*) Menitis airmataku keharuan Kepada sebuah pertemuan Kehadiranmu mendamaikan Hati yang dahulu keresahan
Cinta yang semakin kesamaran Kau gilap cahaya kebahagiaan Tulus keikhlasan menjadi ikatan Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan
Titisan air mata menyubur cinta Dan rindu pun berbunga Mekar tidak pernah layu Damainya hati Yang dulu resah keliru Cintaku takkan pudar diuji dugaan Mengharum dalam harapan Moga kan kesampaian kepada Tuhan Lantaran diri hamba kerdil dan hina
Syukur sungguh di hati ini Dikurniakan teman sejati Menunjuk jalan dekati-Nya Tika diri dalam kebuntuan
Betapa aku menghargai Kejujuran yang kau beri Mengajarku mengenal erti Cinta hakiki yang abadi
Tiada yang menjadi impian Selain rahmat kasih-Mu Tuhan Yang terbias pada ketulusan Sekeping hati seorang insan Bernama teman
Entah angin apa yang membuai hari ini, membuatkanku begitu berani untuk mencoretkan sesuatu untuk dirimu yang tidak pernah ku kenali. Aku sebenarnya tidak pernah berniat untuk memperkenalkan diri ku kepada sesiapa. Apatah lagi meluahkan sesuatu yang hanya ku khususkan buat mu sebelum tiba masanya.
Kehadiran seorang lelaki yang menuntut sesuatu yang ku jaga rapi selama ini semata-mata buat mu, itulah hati & cinta ku, membuatkan aku tersedar dari lenaku yang panjang. Aku telah dididik ibu sejak kecil agar menjaga maruah dan mahkota diri ku kerana Allah telah menetapkannya untuk mu suatu hari nanti. Kata ibu, "Tanggungjawab ibu bapa terhadap anak perempuan ialah menjaga dan mendidiknya sehingga seorang lelaki mengambil alih tanggungjawab itu dari kami.", jadi kau telah wujud di dalam diri ku sejak dulu lagi.
Sepanjang umur ku ini, aku menutup pintu hati ku daripada mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu membelakangi mu. Aku menghalang diri ku daripada mengenali mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu mengenali lelaki lain selain mu, apatah lagi memahami mereka. Kerana itulah aku sedaya kudrat yang lemah ini membatasi pergaulan ku dengan bukan mahram ku. Aku lebih bersifat ‘perumahan’ kerana rumah itu tempat yang terbaik buat seorang wanita.
Aku sering sahaja berasa tidak selamat diperhatikan lelaki. Bukanlah aku bersangka buruk terhadap mereka, tetapi lebih baik aku berjaga-jaga kerana contoh banyak di depan mata. Apabila terpaksa berurusan dgn mereka, akan ku palingkan wajah ku daripada lelaki yang asyik merenung ku atau cuba menegur ku. Aku seboleh-bolehnya melarikan pandangan ku daripada ajnabi kerana pesan Saidatina Aisyah r.a. " Sebaik-baik wanita itu ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang."
Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di mata mu. Apa guna aku menjadi idaman ramai lelaki sedangkan aku hanya boleh menjadi milik mu seorang. Aku tidak berasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan, berasa terhina diperlakukan sebegitu, seolah-olah aku ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati.
Aku juga tidak mahu menjadi punca kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat ku berikan. Bagaimana akan ku jawab di hadapan Allah kelak, andai disoal. Adakah itu sumbangan ku kepada manusia selama hidup ini di muka bumi?
Kalau aku tidak ingin kau memandang wanita lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandangan ku. Aku harus memperbaiki kelemahan dan menghias peribadi ku kerana itulah yang dituntut Allah. Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suami ku, aku juga perlu menjadi wanita yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan wanita yang baik untuk lelaki yang baik?
Tidak ku nafikan sebagai remaja aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diri ku bahawa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untuk mu. Allah telah memuliakan seseorang lelaki yang bakal menjadi suami ku untuk menerima hati dan perasaan ku yang suci. Bukan hati yang menjadi lebihan lelaki yang lain. Lelaki itu berhak mendapat kasih sayang yang tulen, bukan yang telah dibahagi-bahagikan.
Diri ku yang sememangnya lemah ini diuji Allah apabila seorang lelaki secara tidak sengaja mahu berkenalan dengan ku. Aku secara keras menolak, berbagai-bagai dalil ku kemukakan, tetapi dia tidak mahu mengalah. Lelaki itu tidak hanya berhenti di situ, dia sentiasa menghubungi dan menganggu ku. Aku berasa amat tidak tenteram, seolah-olah seluruh kehidupan ku yang ceria selama ini dirampas dari ku.
Aku tertanya-tanya, adakah aku berada di tebing kebinasaan? Aku beristighfar memohon keampunanNya. Aku juga berdoa’, agar Dia melindungi ku daripada sebarang kejahatan. Kehadirannya membuatkan aku sentiasa memikirkan mu. Kau ku rasakan seolah-olah wujud bersama ku. Di mana sahaja ku berada, akal sedar ku membuat perhitungan dengan mu.
Ku tahu, lelaki yang melamar ku bukan diri mu. Malah aku yakin pada gerak hati, ‘woman intuition’ ku yang mengatakan lelaki itu bukan dirimu. Aku bukanlah gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diri ku ini untuk memilih berlian sedangkan aku hanya sebutir pasir yang wujud di mana-mana.
Namun, aku juga punyai keinginan seperti gadis lain dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, memimpin ku ke arah tuju yang satu. Tidak perlu kau mempunyai wajah seindah Nabi Yusuf a.s. yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuat ku terpikat. Andainya kaulah jodoh ku yang telah tertulis di luh mahfuz, Allah pasti mencampakkan rasa kasih di dalam hati ku, jua hati mu kali pertama, kita berpandangan. Itulah janji Allah.
Akan tetapi selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu janganlah kau zahirkan perasaan itu kepada ku, kerana kau masih belum berhak untuk berbuat begitu. Juga jangan kau lampaui batasan yang telah ditetapkan syara’.
Aku takut perlakuan itu akan memberi impak yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak. Permintaan ku tidak banyak, cukuplah diri mu yang diinfaqkan seluruhnya pada mencari keredhaan Illahi. Aku akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri atau sandaran perjuangan mu.
Bahkan aku amat bersyukur pada Illahi, kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juang mu, menghulurkan tangan ku untuk mu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu.
Akan ku kesat darah dari luka mu dengan tangan ku sendiri. Itu impian ku. Aku pasti berendam air mata darah andainya engkau menyerahkan seluruh cinta mu kepada ku. Bukan itu yang ku impikan. Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu. Kerana dengan mencintai Allah, kau akan mencintai ku keranaNya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta insan biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.
Aku juga tidak ingin dilimpahi kemewahan dunia. Cukuplah dengan kesenangan yang telah diberikan ibu bapa ku dulu. Apa guna menimbun harta untuk kemudahan ku sekiranya harta itu akan membuat kau dan aku lupa tanggungjawab mu. Aku tidak akan sekali-kali bahagia melihat mu begitu. Biarlah kita hidup di bawah jaminan Allah sepenuhnya. Itu lebih bermakna bagi ku.
kalau suka jangan dipuji. kalau hina jangan dikeji. tinggalkan pesanan/pandangan supaya dapat beri manfaat dan diri ini memperbaiki diri =)
falsafah cinta
"cinta.. aku tak mahu mencari cinta kerana mencari itu seiring dengan harapan. Aku takut andai ianya tak muncul seperti yang kuimpikan.Lantas aku memilih untuk menerima, kerana bagiku menerima itu adalah anugerah. Anugerah yang harus diterima dengan rela dan berharap..disitu cinta bermula"
Told ya
"aku x pandai menyanyi jadi aku xbley lagukan hati aku aku xreti melukis jd aku xbley coretkan apa yg aku rs"..
"aku dan kehidupan.. hidup aku dkelilingi oleh mereka.. family,kgkawan,,dan kenangan itu.."..
"aku dlm kegelapan.. knp mereka hanya tahu bkata2 tp tdk mahu meghulurkan tangan.."