Doa pembuka 12 pintu





Ya Allah, bukakanlah untukku pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu kesihatan, pintu-pintu nikmat, pintu-pintu keberkatan, pintu-pintu kekuatan, pintu-pintu cinta sejati, pintu kasih sayang, pintu-pintu rezeki, pintu-pintu ilmu, pintu-pintu keampunan dan pintu-pintu syurga. Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

sentiaSa beRsaMa

Showing posts with label artikel. Show all posts
Showing posts with label artikel. Show all posts

Sunday, December 20, 2009

motivasi 1:merendah diri








-aku cuba untuk bangun.untuk bangkit
demi mencari yang hakiki!-

Friday, May 22, 2009

sampai bila nak abis..

salam.
lme da x jenguk kt cni
huhu

nah ni bc buat2 hilang tensen
huhu

Boss berkata kepada Secretary : Kita akan outstation selama seminggu, jadi
aturkan segalanya.

Secretary menelefon Suaminya : Untuk seminggu boss saya dan saya akan
outstation, awak pandai2 jaga diri nanti...

Suami menelefon Buah Hatinya : Isteri saya akan outstation selama seminggu,
jadi mari kita habiskan masa bersama-sama....

Buah Hati menelefon Murid tuisyennya : Saya kene bekerja selama seminggu,
jadi awak tak perlu datang untuk tuisyen...

Murid tuisyen tersebut menelefon Atuknya : Atuk, untuk seminggu saya takde
kelas sebab cikgu saya sibuk. Mari kita habiskan masa bersama...

Atuk (the 1st boss) menelefon Secretary : Minggu ni saya nak abiskan masa
bersama cucu saya.. Batalkan outstation tuh...

Secretary menelefon Suaminya : Minggu ni boss saya ade kerja, kami dah
membatalkan outstation tu...

Suami menelefon Buah Hatinya : Kita tak dapat nak habiskan masa bersama
untuk minggu ni, isteri saya dah membatalkan outstationnya..

Buah Hati menelefon Murid Tuisyennya : Minggu ni kelas tuisyen mcm biase.

Murid Tuisyen menelefon Atuknya : Atuk, cikgu saya cakap minggu ni saya kene
pergi kelas tuisyen. Sori, saya tak bleh temankan atuk.

Atuk menelefon Secretary : Jangan risau, minggu ni kita outstation. Jadi
uruskan semuanya..

haish....korang bace ulang2 je la smpi penat! hehe.
:P

dipetik dr post buletin PAYJAL..
huhu

Saturday, January 17, 2009

Palestin..apa yang dapat kami bantu..

www.iLuvIslam.com
Ustaz Mohd Zul bin Roslan*
editor : Iskethaykal



Sebenarnya kisah Palestin tenggelam dan timbul kerana banyak isu lain yang lebih diutamakan di dalam akhbar-akhbar dan media massa. Sehinggalah beberapa hari ini Israel semakin mengganas dan membunuh lebih 300 orang Palestin.

Apa hebatnya Palestin sehingga semua umat Islam perlu mengambil cakna kepadanya?

Palestin dianggap tanah suci umat Islam berdasarkan firman Allah swt yang bermaksud :

"Wahai kaumku! Masuklah kamu ke tanah suci yang telah Allah swt perintahkan bagi kamu sekalian."
(Surah al-Maidah : ayat 21)


Palestin adalah tanah yang diberkati Allah. Firman Allah swt yang bermaksud :

" Maha suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada satu malam dari Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa yang telah kami berkati di sekelilingnya.
(Surah al-Isra' : ayat 1)

Firman-Nya lagi yang bermaksud :

" Dan telah Kami tundukkan untuk Sulaiman angin yang sangat kencang tiupannya yang berhembus dengan perintah-Nya ke negeri yang telah Kami memberkatinya. Dan adalah Kami Maha Mengetahui segala sesuatu."
(Surah al-Anbia' : ayat 80)

Di tanah itu terdapat Masjid al-Aqsa yang merupakan kiblat umat Islam yang pertama sebelum ditukar ke Masjidil Haram menghadap Kaabah. Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud :
" Tidak digalakkan mengambil berat dalam pengembaraan kecuali kepada 3 masjid : Masjid al-Haram, masjid ini (Masjid Nabawi) dan Masjid al-Aqsa." (Riwayat Bukhari, Muslim, Ibnu Majah dan Abu Daud)

Di bumi ini, terdapat ramai pesuruh Allah swt yang diutuskan di antaranya adalah Nabi Ibrahim, Nabi Ismail, Nabi Ishak dan Nabi Luth. Di sini juga adalah bumi Nabi Muhammad saw diisra'kan.

Allahu... Allah...





Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Sunday, December 28, 2008

Doa akhir& awal tahun.

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan
aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"

Doa Akhir Tahun Hijrah

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata

"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan
dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".

Friday, December 19, 2008

demam chikungunya..



Simptom-simptom bagi demam Chikungunya lazimnya adalah demam panas yang tinggi secara mendadak sehingga mencecah 39 celsius, menggigil, ruam pada kaki, tangan dan badan, kurang selera makan, perut meragam, sakit kepala, mata merah, sensitif kepada cahaya, loya dan muntah. Manakala simptom khusus demam ini adalah sakit sendi terutamanya di hujung jari, pergelangan tangan dan buku lali selain rasa ngilu pada tulang. Dalam tempoh tersebut, pesakit akan berada di dalam kesakitan yang teramat sehingga menyebabkan pesakit tidak mampu bergerak.

Sesetengah daripada pesakit juga akan mengalami sakit sendi yang berpanjangan dan berulang dalam jangka masa yang lama walaupun telah bebas daripada demam ini.

alamak!..
adakah aku pon akan djgkiti virus demam ini!!..
badan dah mula pns..
mata da start merah..
rs sejuk memanjang..
..
lately..
agk tdk bmaya nk buat smthing..
mintak2 djauhkan dr tkena demam tuh!..

Wednesday, November 26, 2008

koleksi lawak pendek...

Cerita 1

Asari melihat rakannya, Ajoi.. sedang membuat kopi...kemudian
memasukkan sebutir ubat panadol ke dalamnya. Dengan kehairanan Asari
bertanya kepada Ajoi...
Asari: "Kenapa kau masukkan panadol dalam kopi tu?"
Ajoi: "Kopi ni panas.. bagi panadol.. kurang sikit panas dia.."

Cerita 2

Seorang pemburu bertembung dengan seekor singa. Terrperanjat, dia
tak sempat mengangkat senapangnya.Tiada pilihan, pemburu itu
bertadah tangan dan berdoa.Ketika pemburu itu menjeling ke arah
singa, dia ternampak bahawa singa itu juga sedang berdoa.
Pemburu: "Ah leganya........singa baik rupanya. Selamatlah aku.."
Singa: "Ya.......singa yang baik selalu baca doa sebelum makan."

Cerita 3

Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat
punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu,
dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan.

Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok.
Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung
manakala yg ketiga disambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya...

Cerita 4

Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik,
Lias terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati Amin.

Lias : Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Lias : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah
terpotong jari saya.
(Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)
Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Lias : Saya datang untuk ujian air kencing...

Cerita 5

Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, dia bertanya: " Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya membaca macam orang lain?"
"Dah tentu, " jawab doktor. "Oh, gembiranya. Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca," kata lelaki itu dengan riang.

Cerita 6

Seorang posmen yang datang menghantar surat .
" Assalamualaikum "
" Walaikumsalam "
" Ni rumah encik Sameon ye?
" Ya saya"
" Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni "
" Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?"

Cerita 7

3 org Asli menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor tersebut
tidak berhenti. Katanya, 'Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!!

SA PE HEBAT
> Man : Bapa aku hebat. Dia polis. Semua orang takut ngan dia.
> Ali : Eleh, bapa aku lagi terer. Kalau dia suruh orang tunduk, mesti
> orang tu tunduk.
> Man : Wow! Bapa kau keja apa?
> Ali : Tukang gunting rambut.
>
> KELAS BI
> Ayah : Apasal B.I kamu nie asyik dapat kosong jer...! Apasal hah?
> Anak : Eh, ayah! Tu bukan kosong. Tadi cikgu adik dah kasi
> bintang banyak kat bebudak lain. Adadapat 5 bintang la, 4 bintang la.
> Bila turn adik jer, bintang dah abis. Sebab tu cikgu bagi kat adik
> bulan.
>
> SUDU
> Doktor : Encik kena ambil 3 sudu ubat ni setiap hari.
> Pesakit : Eh! tak boleh la doktor.
> Doktor : Kenapa?
> Pesakit : Rumah saya ada dua sudu jer.
>
> MAYAT
> Cikgu : Hasan,sambungkan 2 ayat ini menjadi satu. 'Ali menaiki basikal
> ke sekolah. Ali ternampak mayat.'
> Hasan : Ali ternampak mayat menaiki basikal ke sekolah.
>
> TIRU
> Cikgu : Encik,anak awak didapati meniru Ali dalam exam.
> Bapa : Apa bukti awak?
> Cikgu : Encik tengok soalan nombor 4 nie. Siapakah menemui Pulau Pinang
> ? Seman tulis "Saya tak tahu"dan anak encik tulis "Kalau engkau tak
> tahu, aku lagi la tak tahu".
>
> DOKTOR
> Suatu petang datang seorang lelaki berumur ke kelinik ENT, kerana
> telinganya di masuki biji kacang hijau semasa dia membeli barang dapur
> di pasar.
>
> Doktor : "Selamat petang..."
> Pesakit : "Selamat petang Doktor!"
> Doktor : " Adamasaalah apa ...?"
> Pesakit : "Telinga saya dimasuki biji kacang hijau, Doktor..."
> Doktor : "Biar saya periksa telinga anda!"
> setelah diperiksa... .
> Doktor : " Ada2 cara untuk mengeluarkan biji tersebut..."
> Pesakit : "Apa caranya doktor?"
> Doktor : "Pembedahan kecil kosnya 2 ribu ringgit dan pilihan kedua pula
> percuma..."
> Pesakit : "Mahal sangat Doktor, kalau yang percuma bagaimana?"
> Doktor : "Yang percuma kena sabar..."
> Pesakit : "Baik, saya sabar, dan bagaimana caranya...?"
> Doktor : "Anda sirami telinga anda 2 kali sehari dan nanti jika
> sudah jadi tauge' anda tinggal tarik keluar."
> Pesakit : "Huh
>

senyumlah walau utk sketika..


www.iluvislam.com

Thursday, October 16, 2008

wARkAh UntUK hAWA..

Hawa,
Andai engkau masih remaje, jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu, andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan addin Allah.

Hawa,
Andai engkau belum berkahwin jangan kau risaukan jodohmu, ingatlah Hawa janji Tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan dimulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam dan sekaligus disusuli dengan pertemuan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri...

Hawa….
Lelaki yang baik tidak melihat pada paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, kemanjaannya serta kemampuannya menggoncang iman kaum lelaki, tetapi lelaki yang baik menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yang paling penting pegangan agamanya.

Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk menggodanya. Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita yakni sebuah perkahwinan.

Oleh itu Hawa,
Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkanlah pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu, biarlah cinta dari kedua ibubapamu yang memberi hangat kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik-beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu.

Hawa….
Cintailah Allah dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga mencintai Allah. Cintailah kedua ibubapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah. Cintailah keluargamu kerana kau tidak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga.

Janganlah sesekali tangan yang menggoncang dunia juga yang menggoncang iman lelaki.


Friday, October 10, 2008

zikir munajat *mutiara hati*

Berbagai-bagai bentuk zikir telah dirumuskan oleh para ulama muktabar di dalam rangka menghampirkan diri kepada Allah swt. Zikir-zikir sedemikian pada dasarnya mendatangkan banyak manfaat bagi orang yang mengamalkannya. Salah satu daripada bentuk zikir yang telah dirumuskan ialah Zikir Munajat ini yang diturunkan di sini.

Adalah menjadi suatu amalan yang baik seandainya zikir-zikir seperti ini diamalkan secara istiqamah di samping diperkembangkan di kalangan anggota keluarga terdekat, jiran tetangga dan sahabat handai. Zikir seperti ini jika diamalkan dengan penuh ikhlas dan rasa tanggungjawab dengan izin Allah dapat membantu di dalam memanfaatkan masa supaya tidak terjebak dalam aktiviti-aktiviti yang melalaikan. Mudah-mudahan amalan zikir seperti ini dapat menjadi sumber keberkatan di dalam usaha membina generasi ummah supaya benar-benar menjadi pejuang Islam dan mengingati kebesaran Allah swt. Insya Allah.

*(Boleh di zikir sebanyak mana yang mampu)

—————————————————————

ZIKIR 1

munajat1.jpg

Ertinya: Ampunilah hamba Ya Allah. Tuhan yang Maha Agung. Tiada Tuhan yang lain melainkan hanya Engkau. Dialah Tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Perkasa dan hamba bertaubat kepada Engkau ya Allah.

ZIKIR 2

munajatdua.jpg

Ertinya: Tiada Tuhan yang lain melainkan Allah yang Maha Esa. Tiada sesuatu yang menyengutu bagi-Nya. Tuhan yang memiliki segala kekuasaan. Tuhan yang memiliki segala pujian. Dialah yang menghidupkan dan Mematikan. Dialah Allah Tuhan yang Berkuasa atas segalanya.

ZIKIR 3

zikirtiga.jpg

Erti: Ya Allah, ya Tuhan kami, hindarkan kami daripada azab api neraka

ZIKIR 4

munajat3.jpg

Maksudnya: Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang memiliki kesejahteraan, dan kepada Engkaulah jua kembalinya kesejahteraan. Maka hidupkanlah kami wahai Tuhan kami dengan kesejahteraan dan masuklah kami ke dalam syurga tempat kesejahteraan. Maka berkat Engkau ya Allah, Tuhan kami dan Maha Tinggi darjat Engkau ya Tuhan yang memiliki Kehebatan dan Kemuliaan.

ZIKIR 5

munajat4.jpg

Ertinya: Hamba meminta perlindungan dari-Mu ya Allah, dari syaitan yang kena rejam

ZIKIR 6

munajat5.jpg

Maksud: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segenap pujian untuk Tuhan Pemimpin alam semesta. Yang Pemurah dan Penyayang. Yang Memiliki- Memerintah hari akhirat. Hanya Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami memohon pertolongan. Pimpinlah kami ke jalan yang lurus. Jalan yang Engkau telah anugerahkan nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (jalan) mereka yang sesat.

ZIKIR 7

munajat7.jpg

Erti: Maha Suci Allah dan Pujian itu bagi Allah, tiada Tuhan yang lain melainkan Allah. Dialah Allah Tuhan Yang Maha Besar - (33 kali)

ZIKIR 8

munajat8.jpg

Erti: Allah- Allah-Allah-Allah ya Allah, Allah ya Allah- Allah ya Allah- Allah ya Allah, Allah-Allah-Allah- ya Allah, Allah-Allah-Allah ya Allah, Allah ya Allah-Allah ya Allah-Allah ya Allah.

ZIKIR 9

munajat9.jpg

Erti: Maha Suci Tuhan (Allah). Tiada kuasa makhluk mengatasi kudrah kekuasaan-Nya, Dialah Tuhan (Allah) di atas singgahsana Arasy, dengan kerana Esa dan Tunggal, memiliki segala di atas Arasy langit dengan senang dan mudah demi kerana kemuliaan-Nya semua wajah-wajah sujud dan tunduk kepada-Nya.

ZIKIR 10

munajat10.jpg

Erti: Cukuplah perhitunganku dengan Tuhanku yang Maha Mulia. Tiada sesuatu yang lain di hatiku selain daripada Allah, nur Muhammad s.a.w. - (5 kali)

ZIKIR 11

munajat11.jpg

Erti: Tiada sesuatu yang lain yang tersingkap selain daripada Allah - (10 kali)

ZIKIR 12

munajat12.jpg

Erti: Tiada Tuhan melainkan Allah. Tuhan yang memiliki. Tuhan yang hak. Tuhan yang benar (nyata). Muhammad pesuruh Allah, benar segala janjinya lagi dipercayai - (5 kali)

ZIKIR 13

munajat13.jpg

Erti: Hamba memohon keampunan kepada-Mu ya Allah, sesungguhnya Engkau yg Allah Maha Penerima Taubat - (10 kali)

ZIKIR 14

munajat14.jpg

Erti: Tiada Tuhan yang lain melainkan Allah - (3 kali). Muhammad Pesuruh Allah - (3kali).

ZIKIR 15

munajat15.jpg

Erti: Ya Allah, ya Allah, ya Allah, ya Allah - (3 kali)

ZIKIR 16

munajat16.jpg

Erti: Ya Allah, ya Allah, ya Allah, ya Allah yang Maha Pelembut - (8 kali)

ZIKIR 17

munajat17.jpg

Erti: Wahai Tuhan yang Maha Pembuka. Wahai Tuhan yang Maha Mengetahui - (3 kali)

ZIKIR 18

munajat18.jpg

Erti: Ya Allah - (8 kali)

ZIKIR 19

munajat19.jpg

Erti: Kami memohon taubat kepada-Mu ya Allah - (3 kali). Kami kembali kepada-Mu ya Allah - (3 kali). Kami sesungguhnya menyesal atas perbuatan maksiat yang pernah kami lakukan - (3 kali).

ZIKIR 20

munajat20.jpg

Erti: Kami memohon taubat kepada-Mu ya Allah - (3 kali). Kami kembali kepada-Mu ya Allah - (3 kali). Kami menyesal ya Allah - (3 kali).

ZIKIR 21

munajat21.jpg

Erti: Tiada Tuhan yang lain melainkan Allah, Nabi Muhammad Pesuruh Allah - (3 kali).

ZIKIR 22

munajat22.jpg

Erti: Ya Allah. Tuhan yang memiliki segala kehebatan dan kemuliaan. Matikan kami ya Allah atas agama Islam - (3 kali)

ZIKIR 23

munajat23.jpg

Erti: Ya Allah, selawat dan salam ke atas penghulu cahaya bagi segala cahaya dan penghulu rahsia bagi segala rahsia, pembuka (kunci) bagi segala pintu kemudahan iaitu penghulu kami dan tuan kami Nabi Muhammad. Nabi yang teristimewa dan keluarganya yang suci dan sahabatnya yang terbaik, berbagai nikmat Allah dan semua pejuangnya.

ZIKIR 24

munajat24.jpg

Erti: Telah pun muncullah bulan purnama atas kami. Dengan puji-pujian (sanjungan) kami mengalu-alukan. Ucapan kesyukuran kami ajukan. Seruan Allah kami serukan.

ZIKIR 25 (terakhir)

munajat25.jpg

Erti: Selawat Allah ke atas Nabi Muhammad. Selawat Allah ke atasnya berserta salam - (2 kali)

Thursday, September 25, 2008

Andai Ini Ramadhanku Yang Terakhir

Wahai insan, renunglah engkau akan nasib diri
Wahai qalbu, sedarkah engkau akan gerak hati
Wahai aqal, terfikirkah engkau akan apa yang bakal terjadi


Andai ini merupakan Ramadhan ku yang terakhir kali
Buatku sekujur jasad yang bakal berlalu pergi
Tatkala usia bernoktah di penghujung kehidupan duniawi
Pabila tiba saat tepat seperti yang dijanji Ilahi
Kematian...adalah sesuatu yang pasti.....

Andai ku tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu siangnya aku sibuk berzikir
"a'la bizikrallahi tat mainnal qulub"
[Bukankah dgn berzikir itu hati akan menjadi tenang..]
Biarpun anak tekakku kering kehausan air
Tentu aku tak akan jemu melagukan syair
Rindu mendayu..
Merayu...
Kepada-NYA Tuhanku yang satu...


Andai aku tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu solatku dikerjakan di awal waktu
Solat yang dikerjai...
Sungguh khusyuk lagi tawadhu'
Tubuh, minda, dan qalbu...bersatu memperhamba diri
Mengadap Rabbul Jalil...
Menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekelian alam]


Andai aku tahu ini Ramadhan terakhir
Tidak akan aku persiakan walau sesaat yang berlalu
Setiap masa tak akan dipersia begitu saja
Di setiap kesempatan juga masa yang terluang
Alunan Al-Quran bakal ku dendang...bakal ku syairkan


Andai ku tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu malammu aku sibukkan dengan
Berterawih...
Berqiamullail...
Bertahajjud...
Mengadu...
Merintih...
Meminta belas kasih....
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MUtapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"

Oleh itu duhai Ilahi...
Kasihanilah daku hamba-MU yang...
Hina..
Dhaif..
Jahil..
Lagi Banyak Dosa ini..
Menikmati bulan yg dirindui oleh nabi dan sahabatNya..
Moga setiap langkah ku zuhud kepada MU..
Moga ku istiqamah di ramadhan ini..


ANDAI AKU TAHU INI RAMADHAN TERAKHIR………



www.iluvislam.com

Tanda-tanda Kehadiran Lailatulqadar

www.iLuvislam.com

Kata sesetengah ulama, Lailatulqadar berlaku pada satu malam tertentu seperti malam 21 dan 23 Ramadan. Ini menurut Imam Syafie r.a dan sesetengah ulama kerana ada hadis Bukhari dan Muslim yang menceritakan Lailatulqadar berlaku pada malam tersebut sehingga Rasulullah saw sujud dan dahinya yang mulia masih berlumuran tanah pada malam itu. Ada sesetengah ulama, tidak menentukannya secara pasti dan ada juga ulama terutama dari kalangan para zuhad dan sebagainya mengira dengan hari permulaan puasa. Menurut mereka, sekiranya permulaan puasa jatuh pada hari Ahad atau Rabu maka Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-29. Jika bermula puasa pada hari Jumaat atau Selasa, ia jatuh pada hari ke-27 dan jika permulaan puasa pada Khamis, Lailatulqadar berlaku pada 25 Ramadan. Sekiranya awal puasa pada Sabtu maka Lailatulqadar jatuh pada hari ke-23 dan jika awal puasa pada Isnin, seperti tahun ini, maka Lailatulqadar jatuh pada malam yang ke-21. Demikianlah kaedah yang diguna pakai oleh sebahagian ulama termasuk Imam Abul Hasan r.a. Tegas beliau: Aku tidak pernah terlepas malam Lailatulqadar tersebut dengan menggunakan kaedah ini''. Tanda dan alamatnya adalah banyak, antara lain malam itu sendiri berlalu dengan penuh keheningan dan tenteram, angin bertiup lembut sepoi-sepoi bahasa dan esoknya, pada pagi hari kelihatan langit agak redup dan cahaya matahari tidak begitu menyinari ruang angkasa dan macam-macam lagi. Hikmatnya ialah apabila seseorang mengetahui malam Lailatulqadar tersebut, maka eloklah diperbanyakkan doa dan istighfar juga ibadat pada malam dan keesokannya, untuk mendapatkan fadilat hari yang penuh berkat dan mulia itu. Yakinlah apabila seseorang itu bersedia setiap malam Ramadan dengan ibadat, sekurang-kurangnya bersolat jemaah setiap waktu, Maghrib, Isyak dan Subuh, kata ulama dia pasti memperoleh fadilat malam Lailatulqadar Oleh itu bersolatlah dengan tekun dan berterusan terutama pada bulan Ramadan al-Mubarak ini. Walau tinggal beberapa hari saja lagi malam-malam di bulan Ramadhan, pastikan kita menjadi juara diakhirnya nanti. Semoga Ramadhan kali ini menjanjikan kita kemenangan. Kemenangan melawan dan menguasai hawa nafsu. InsyaAllah.
Related Posts with Thumbnails
tHe.uNtoLd.sToRieS © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute