Doa pembuka 12 pintu





Ya Allah, bukakanlah untukku pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu kesihatan, pintu-pintu nikmat, pintu-pintu keberkatan, pintu-pintu kekuatan, pintu-pintu cinta sejati, pintu kasih sayang, pintu-pintu rezeki, pintu-pintu ilmu, pintu-pintu keampunan dan pintu-pintu syurga. Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

sentiaSa beRsaMa

Tuesday, December 29, 2009

mencari konklusi


mata sudah layu tapi tangan tetap gagah menaip patah patah perkataan.Memaksa otak berfikir dengan tenang agar masa masa lampau dapat diimbas kembali lalu dijadikan tulisan kata hati disini.

ahh.kacau!kusut!.meniti hari hari terakhir di tahun ini. ya 2009!.tahun yang banyak meninggalkan kesan,kenangan,pengalaman pahit yang pernah dilalui dalam hidup. aku tak tahu samada melalui tahun ini dengan rasa gembira kecewa.sedih pun tidak barangkali.Jadi apa.? hari hari yang aku lalui tidak pernah terjangka dek akal fikiran.Mungkin.!

sungguh!.aku merasakan 2009 banyak dihabiskan dengan perkara-perkara yang aku sendiri keliru,terisi dengan rasa rasa jiwa yang kosong.Betullah kata salah seorang pakcik,2009 tahun paling malap/kelam sedikit bagi kami.Ya,kami sekeluarga dan saudara-mara.Kehilangan dua insan yang disayangi setelah kembalinya kerahmatullah,peristiwa-peristiwa pahit dan bermacam-macam lagi.Ahhh simpan saja.Jangan diungkit lagi.Biarkan.

aku sudah banyak berusaha pada 2009.
aku sudah banyak mencuba pada 2009
aku belajar untuk bangkit pada 2009
aku cuba jadi yang terbaik pada 2009

tapi aku gagal.Sungguh aku gagal!.

Aku sendiri keliru.Apa yang aku mahukan dalam hidup.Apa yang aku inginkan.Cukupkah masa-masa yang aku habiskan sepanjang kehidupan lalu mampu menjamin keredhaanNya. Atau sebenarnya masih belum cukup tapi aku sendiri yang tidak sedar.Ahh,keliru lagi!

Aku gagal dan rasa sia-sia bila semakin hari terasa semakin ramai manusia yang cuba menjauhkan diri.
Tapi sungguh aku beryukur!.Disebabkan perasaan yang satu itu terasa diri semakin dekat denganNya.

Aku cuba kejar impian .Sebagai pelajar sungguh aku inginkan yang terbaik.Masa kian berlalu.Hanya tinggal sebulan lebih untuk aku capai itu.Tapi mampukah.?

Aku tetap di situ.Menanti
Aku tetap di sini.Melihat.
Macam mana sekalipun aku tetap di tahap itu.Langsung tiada perubahan.Tiada atau belum mencuba?Atau sudah tersungkur di pertengahan jalanan?.Ahh,perjalananku masih jauh,tetapi itulah yang dituntut demi mengejar sinar dihujung destinasi.

Bila harus menangis aku menangis.
Bila harus ketawa aku ketawa.
Sekalipun kekadang terasa aku menipu diri sendiri.
Menipu mereka mereka yang berada disekelilingku.
Ketawa hanya menutup kisah duka.
Kisah duka bertahun-tahun yang lalu.
Semakin lama semakin menghantui diri.Sudah penat aku memendam.
Sudah penat aku berfikir.Akhirnya telah kutemui jalan pulang.
Sungguh aku berdosa pada Yang Esa.


Kini,aku menanti tahun baru dengan harapan yang kosong.Bukan bererti aku berhenti berharap.Bukan jua bererti aku berhenti mencuba.Tapi akan ku biarkan semuanya berlaku dengan sendirinya.
Terasa diri belum bersedia untuk melangkah ke satu fasa kehidupan yang baru lagi. 2010.maka genaplah tiga tahun menimba ilmu di negeri orang..Sudah tentu akan melalui kehidupan yang lebih mencabar.Lebih dari ini!
Dan sudah pastinya kedatangan tahun baru membuatkan aku harus berfikiran lebih jauh.
Matang seiring dengan usia.Ahh.Biarkan masa menjawabnya.


Maaf dipinta pada mereka yang pernah hadir
dalam hidup ini andai diri pernah melukai.
Sungguh bukan niat.

saying goodbye to 2009
welcome 2010

~malam ni harap mata boleh pejam dan otak/badan boleh berehat
setelah seminggu tidak dapat tidur dan rehat dengan sempurna-

Sisilent [^^]v
12.04am
sungguh benci dengan perkataan "selamat tinggal"

Monday, December 28, 2009

i hate gudbyes =(

ohh 2009.!





nnt lah aku update apa yang patut dicoretkan dibawah entry ni.
[^^]v

Sunday, December 27, 2009

telahku temui jawapannya

Terasa sesuatu
Persoalan memanggil
Di benak yg paling mendalam
sehingga menjadi ralit
Semakin jiwa dilanda
Gelora Sang Penanti
Semakin sukar difahami
Puncanya gelisah ku ini

Hanya kekosongan
Jua kehilangan
kurasai
Menghuni hati

Di mana kan ku temui
Penghujungnya resah ini
Seumpama ku menanti sejawapan Rindu
Di mana kan ku temui
Oh sinaran yg hakiki
Untuk menjadi penyuluh
Jalan didepanku
Hingga akhir waktu

Andainya kau temui
Cahaya yang ku cari
Sudikah dikongsi bersama
Sebagai teman mahupun sebagai kekasih

merenung bayangan jauh
Menatap pengertian
Menyelam dasar persoalan
Menyelongkar kemuncak maksud

jawapan rindu
sisilent [^^]v

Monday, December 21, 2009

cerita haru,biru dan...

salam.

hrmm..tak tahu nak mula dengan ayat apa.tapi takpa lah.tulis apa yang ada dalam kepala aku sekarang.

cerita haru.
1.yes!,sangat haru.sangat pilu.sangat sesak.sangat seksa.sangat perit.sangat pedih.fuh!.
esok kena hantar ES task 1.esok jugak kena hantar report ISP chapter 2.opss!!chapter 1 pun tak siapkan lagi.oke,keja bertambah lagi.sapa suruh tangguh.!tengok dalam keje banyak pun masih sempat nak menaip merapu tulis macam macam kat blog nih.*sigh*..
2. sekarang tak tahu kenapa hati sensitif giler.rasa nak nangis.oke oke sabar!sabar!.cool cool.senyum.cak!=,='.
tapi alhamdulillah dengan perasaan ntahpape nih diri semakin dekat dgnNYA.
3.dah 3 malam berturut-turut tak boleh tidur.sebabnya?entah!minum nescafe cap original kot.mata segar bugar sampai ke subuh.tapi oke lah subuh pun tak terlepas.=)..pastu mula lah rasa sakit kepala.
4.oke stop sampai sini saje citer ala-ala haru gitu walaupun byk lagi sebenarnya.

cerita biru
1. haishh..sekarang kena kurangkan tido.tapi tak boleh!kalau pandang kiri nampak bantal kaler biru,bantal peluk biru,katil biru!.fuhh..ditambah pulak dengan MYLA yang tergolek suruh dipeluk!.
2.pen biru aku dah habis dakwat!.banyak sangat menulis.banyak sangat menconteng!..eh eh ni pun nak btau ke.kata cerita biru kan.hee =)
3.tenang kan kaler biru.setenang lautan terbentang luas!.cewah.

dan..

1.tak sabar nak balik umah tengok anaksaudara baru.nur sha'ira afrina!.makcik baik lah katakan.=p
sonok aqilah dapat adik baru dia.makin bertambah geng2 buli ayie!
2.aku rindu dia.seyes.rindu!.tapi kalau rasa kau nak pergi jauh dari hidup aku.pergi dan aku hargai.itu yang kau nak kan.
3.26dis nih abg nak bertunang.nak balik ke tak?hrmm..ntah.macam tak hepi je nak dapat bakal kakak ipar baru.ceyt!jujur jer.
4.sejak dua menjak ni rasa sonok jerk dga ceramah kat utube.nak nak semalam sampai pukul 5 pagi dengar forum:petua mendapat pasangan.fuh,tak tahan!.syok giler+panel2 dia best giler sampai buat aku tergelak sorang sorang padahal orang lain sonok jerk tdo.=).

"jika aku jatuh cinta,aku mohon pada Tuhan
semoga dipertemukan dgn seseorang yang mencintaiNYA
lebih dariku.Jika aku jatuh cinta,aku mohon kpd Tuhan
agr dipertemukan aku dgn seseorang yang boleh membawa
aku terus ke syurga"



sayu hati bila dengar ikim.=(

sisilent [^^]v



Sunday, December 20, 2009

motivasi 1:merendah diri








-aku cuba untuk bangun.untuk bangkit
demi mencari yang hakiki!-

Friday, December 18, 2009

tinggalkan segalanya.

salam maal hijrah 1431

perubahan ke arah lebih baik insyaAllah =)


telah banyak yang kulewati
jalan hitam di dunia
tak terhitung selama nodai
masih adakah kesempatan
bagiku mendekatkan
hati dan cinta kasihMu

kuingin bersihkan diriku
dari segala dosa
yang telah kuperbuat hingga kini

kuingin bersihkan jiwaku
terangilah dengan segala
petunjuk jalanMu

tiada yang ada selainMu
yang selalu menjagaku
meski kadang tinggalkanMu
aku yang hanyalah manusia
yang mencari jalanMu
yang pasti kembali padaMu



hari-hari berlalu membawa beribu erti
yang tidak dapat dibeli yang tidak dapat dinilai;.
kita tidak dapat merasai jika tidak melalui.
terkadang diri alpa
dengan godaan dunia.

tanpa memikirkan akhirat di sana menanti..
apa yang telah kulalui,ku redha denganNya
sesungguhnya Dia tidak menguji dgn apa yang kita tdk mampu
selalu berprasangka baik dengan sesiapa sahaja
walau hati terseksa dengan kata-kata nista
aku diajar menjadi penyabar bukan pemarah
aku diajar menjadi penyayang bukan pembenci
aku belajar memberi pada mereka yang sudi menerima
dan..
aku ingin menjadi manusia yang sebaik-baiknya
bukan kerana mereka,bukan jua untuk mereka
tapi kerana DIA yang menciptakanku.


~doaku untuk kalian jua.semoga dirahmati olehNya~amin

sisilent [^^]v

Saturday, December 12, 2009

Tahajjud cinta


Kau datang ketika duka
dan bintang bercahaya
tunjukku ke jalan syurga

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahaya
tunjukku ke jalan syurga

Ku haus di tengah laut
lemas mencari tempat berpaut
kirimkan aku kekuatan
serta pedoman di kesesatan

Ku sunyi dalam gembira
perih pedih tanggung derita
sungguh aku bukan wali
yang suci dari hina dan benci

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahaya
tunjukku ke jalan syurga

Terlalu lama aku mencuba
terlalu banyak
cinta yang ku damba
tiada yang sempurna
hanyalah fana
Tuhan, ampuni hamba-Mu

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahaya
tunjukku ke jalan syurga

Ku rebah di dada malam
memecah dendam yang lama diam
ku tanggalkan baju dunia
dakapku dengan selimut syurga
ya Tuhanku hanya padamu
tempat mengadu segala rindu
limpahi ku rahmat kasihmu
dalam tahajjud cinta bersujud


"aku sememangnya mengharap kasihsayangmu
namun pastikanlah hamparan kasih sayangmu
itu hadir dari hati yang sesungguhnya
CINTA kepada Tuhanku"
~sisilent~[^^]v

Tuesday, December 8, 2009

aku tak tahu!

aku tak tahu pada siapa kau lemparkan cacimaki
aku tak tahu pada siapa kau tujukan tulisan marah hina.
aku tak tahu dan rasanya aku tak nak amek tahu
sebenarnya aku tak tahu..
aku tak tahu apa kena dengan kau..=)

cuba kau baca
cuba kau lihat
cuba kau renungkan.
apa yang kau kata
apa yang kau tulis.
apa yang kau beritahu pada dia,dia dan dia
semua itu ada dalam diri kau.
kau takut pada bayang sendiri
kerana kau pun macam aku jua..


p/s-nah untuk kau yang aku kenal..ini yang kau nak!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


aiseyh..atin dah freedom arini.
ley goyang kaki kat umah dah abis SPM.
alamak..tringin nak maen bowling!..tuny,sya, mija jom!!
lepas kite dah freefree okeyh!!
lepaking puaspuas smpai tmuntah.
tapi skang ISP jadi keutamaan..
HAHA..kesuntukan masa weyh!!
eh eh,mana la budak natasya ni pegi..rindu pulak!.huhu
hah,tinggalkan semuanya seketika.
nanti aku kembali lagi.


sisilent [^^]v

Sunday, December 6, 2009

sudah penat

sudah penat kumerayu
sudah penat kubersabar
sudah penat kumenunggu
sudah penat kumemerhati
sudah penat kuberfikir
sudah penat kucuba membantu
dan
sudah penat ku tangisi
semakin hari semakin ku tak fahami dirimu.

kini.

kurelakan kau pergi.
semoga damai dikau di sana

hamba Allah yang tak pernah
memiliki dan dimiliki.


sisilent [^^]v

Saturday, December 5, 2009

5 disember 2009

salam.

oke..tak mahu hurai panjangpanjang..cuma nak tulis apa yang bermain di fikiran.
hari ini bulan ini genap sudah dua tahun mengenali si gadis merah jambu.mungkin dia sudah lupa tapi aku sentiasa ingat kerana sepanjang usia persahabatan kami banyak perkara yang berlaku,banyak benda yang aku belajar.terimakasih untuk itu.
harapan aku cuma satu,bila dah berjaya kelak jangan pernah melupakan dan aku akan sentiasa mendoakan kejayaannya.

setiap masa setiap hari
manusia berlainan kutemui.
tapi dia tak pernah kulupakan.
kerana hadirnya sbg seorang teman.
berkongsi bermacam perkara
mengubat lara di hati.
harap kekal abadi

~~rindu pada dolaly~~


sisilent [^^]v

Friday, December 4, 2009

HiDuP iNi.

hidup ini memberi sejuta kenangan
sejambak kemanisan
segenggam keperitan..dan
beribu pengalaman

setiap apa yang berlaku
akan menjadi teladan
peristiwa yang berlalu
tetap kekal dalam ingatan

hidup ini
ceria berwarna-warni
umpama kecerahan sinar pelangi

disinari cahaya mentari
tetapi ia
TIDAK SELAMANYA

walau hidup berabad lama
kematian di sana tetap menanti
setiap yang hidup pasti akan mati

tika itu

diri diselubungi rasa keinsafan
kiri dan kanan
sedu sedan tangisan
menunggu masa untuk mengiringi

SEBUAH PERPISAHAN


hari hari ikut putaran hidup y sama.bangun makan keje blaja tido...bosan??biar bosan sekalipun memang semua itu harus dilalui..kalau boleh lari dari hiruk piruk bermacam-macam ragam manusia memang dah lama nak pergi jauh..tapi mana mungkin!..kalau di ingat balik kisah kisah lampau..cerita sedih pun bertukar gembira..lucu mencuit hati sekadar pengubat luka.
walhal hati dah memberontak minta ditinggalkan kenangan lalu..tak perlu diingat tak perlu diungkit..yang berlalu biarkan pergi..ohh cakap memang mudah..tapi hati yang melalui..? ZzZzZz..

~sebenarnya sangatsangat merindui kawankawan sejak zmn skola..cuti raya aritu sempat jumpa mmbe2 lame..dari zaman skola rendah..keliling kg naek moto.wahwah!..borakborak cerita kisahkisah lame.kisah mengarot waktu duk hostel.+masa depan+sape nk kawin dulu.best sangatsangat..tapi paling dirindui mereka ex-5CE2'06..kerana disitu bermula segalanya..mengenali insan y bernama muhammad haikal abdul raman mengajar erti byk perkara.daripada lawan bertukar kawan.dan mereka tentunya raiza dan wahida teman suka dan duka.alhamdulillah ukhwah kami ke hari ini..dan semoga ianya kekal selamanya..empat tahun sudah berlalu..tapi mereka tetap diingatan(kuantan-2006)

sisilent [^^]v

Wednesday, December 2, 2009

ciNta yaNg seMpurNa.

cinta adalah kekuatan
yang mampu mengubah duri jadi mawar
mengubah cuka jadi anggur
mengubah sedih jadi riang
mengubah amarah jadi ramah
mengubah musibah jadi muhibbah
itulah cinta...


sekalipun cinta telah kuuraikan
dan aku jelaskan panjang lebar
namun jika cinta kudatangi
aku jadi malu pada keteranganku sendiri


meskipun lidahku telah mampu menguraikan
namun tanpa lidah,cinta ternyata lebih terang
sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya
kata-kata pecah berkeping-keping
begitu sampai kepada cinta


dalam menguraikan cinta
akal terbaring tak berdaya
bagaikan keldai terbaring dalam lumpur
cinta sendirilah yang menerangkan
cinta dan percintaan


~ketika cinta bertasbih~


sisilent [^^]v

Tuesday, November 10, 2009

november

salam..

heyya,,
heheh..jupa lagi kita eak..alhamdulillah masih dipanjangkan umur l
g untuk meneruskan kehidupan y penuh dugaan ni.,

sangat busy sekarang..final exam dah lepas alhamdulillah..hilang sikit b
eban..habis sengsara tuk sem ni..=,='.
apa yang berlalu biarkan berlalu..apa yang ada skang fikirkan mase depan..chewah!..hehe

laaa...eh eh
silap pulak..entry kali ni bukan nak cter pasal perkara perkara yang s
edih or whatsoever..eheh =)

saje nakkkkkkkkkk wiisssssssshhhhhhhh hepyyy bbefffdaayy kt mysweethearrtt..AQILAHHH..
hehe..hehe..dah bpe tahun eak anak buah aku sorg tuh..lupe pulak..kuikuikui..dah lah qilah nye befday same ngn makcikk dio, mysisto..hepy bfday kak ina =)..10november..eh betul ke?haha..ingatingat lupa pulak..kuikui
m.teh syg kamoo la budokk wehh..

alamak lupe pulak..heppy belated bufdayy AYIE mucuk..3november ritu..go beh go!!..

tetibea rindu pulak kat bebudak tuh..nk kaco,nak buli...aiseyhh bil
a nk balik umah nih..=(.

tak sabar nak balik ngajo perkataan2 baru kat ayie..hehehh..tunggu
!!!

coming soon-bfday mybRo ayenn 24november

Saturday, October 24, 2009

terima.kasih

salam.


heyya,
lame sudah x update blog.lame jugak tak menaip kt cni.lame jgk tak berkongsi cerita.
semoga anda pembaca sihat sentiasa di bawah lindunganNya.;))

sebulan lebih berlalu..macam2 perkara y terjadi.terimakasih y tak terhingga pada mereka yang tak putus2 mndoakan kesejahtaraan maa.masa berlalu dgn pantas.alhamdulillah syukur pdNya krn maa dah kembali beransur pulih.dah boleh berdiri berjalan seperti biasa.boleh perlahan-lahan bercakap seperti sedia kala.
keadaan dah berubah hidup mesti diteruskan walau tak boleh kembali seperti dahulu.

byk y nak dicerita.byk y nak dikongsi.
tapi masa tak mengizinkan.

terimakasih pada kalian y mndoakan.

sujud syukurku padaMu ya Allah.


sisilent [^^]v

Monday, September 14, 2009

peluklah diriku dan jangan kau lepas.

CORETAN KHAS BUAT IBU TERSAYANG.

Maa,ketika org tulis coretan ni,maa masih tak sedarkan diri..dalam icu.dah 2 ari ma.lepas kemalangan tuh darah byk mengalir keluar dr mulut maa.maa sedar mase tuh.lepas sampai hospital doktor terpaksa bg ubat bius..sbb maa hilang darah byk sgt.

Maa,sampai skrg kami masih tak tahu mcm mane kemalangan tuh berlaku..maa duk belakng kan dlm kereta?blkg a.wan kn..tp knp maa cedera teruk sgt..darah byk maa keluar.

Maa nak tahu,kimie kne jahit kat bibir dagu ngan lidah..kecian kimie maa..sehingga ke hari ni ila,abg,yo semua x jumpe kimie lg.die ade kt umah a.die berubat/berehat.A.wan kene oprate kt kaki..tp skrg dah sedar.sjk hari tuh dia byk termenung..salah a.wan ke maa??

Ma,bangun ma.. ayie ok ma.die selamat.alhamdulillah..dia tak cedera apa pun..tp lepas kejadian tuh dia nmpk lain cket.Ayie rindu ma sgt2..bila tnye ayie”ma mane”..die pn ckp..”ma darah”..ayie tahu ma,ma kuar byk darah time tuh.maa kene kuat taw.ayie tak nangis pun..sehari sebelum kejadian ni berlaku,ayie byk kali cium pipi ma kan.bila tanya ayie buat ape tuh,ayie ckp."sayang ma".kami pun sayang ma


Doktor ckp ma kene oprate.muka mak teruk sgt.ila pon hampir dah tak cam ma masa smpai kat hospital aritu.doktor ckp maybe pembedahan tuh berisiko.tp kami tahu ma kuat kat dalam..ma kuat nak tanggung sakit tuh.Maa tahu tak,kami tunggu ma lama kat luar bilik bedah.6 jam..semua ada ma..kami semua tetap tunggu ma kat luar..kenapa ma duk dalam lama sangat.bila doktor keluar,kami risau.doktor ckp mata ma terpaksa kene buang.ya Allah,terlalu besar dugaan yang Kau uji terhadap kami.

Ma,sekalipun lepas ni boleh ganti mata ma supaya boleh melihat semula,ila sanggup ma.kami sanggup ma korbankan mata kami.asalkan ma sihat cam dulu.

Maa tahu,abang nangis bila tgk ma camtuh.bak pun nangis ma.kami semua nangis ma.sedih sgt2.ma dah byk berkoban utk kami.kerja siang malam cari duit.kenapa maa yg kne tanggung semua ni.?org tahu maa ni ujian dr Allah,tp rasenya kami belum cukup kuat nak terima semua ni.

Maa,sedar la ma!.kita kan dah janji nk g buka puasa kt luar.tunggu ari ahad.tunggu ariff balik.tp sampai ke hari ni ma masih kat icu lg.ma cakap aritu nak bawak ila keluar.kita kan nak cari tudung raya.baju raya pun tak pergi amek lg ma.ma kene sedar,byk bende kita tak buat lg.

Sebelum a.wan datang umah,ma cakap tak nk ikut kan.tp ma pergi jugak.ikut jugak nk pergi anta wanie ngn kak.tgk skrg,maa terlantar sakit..maa,..a.wan,kimie semua dah semakin sihat.ma pun kene camtu jugak.

Maa,bangun ma.nnt sape lg nak marah2 psl surat perkeso tuh,pasal lesen.pasal tiket balik semua..pasal baju raya kami,semua ma yg uruskan.maa kene kuat tau harungi kesakitan tuh

Kami semua dah tak sanggup tgk muke ma penuh ngan wayar2 semua,darah byk ma..kami tetap tunggu ma kat hospital.sahur,buke puasa semua dah tak menentu ma..kami tetap ada kat sisi ma.tp kami mintak maaf ma sbb tak bgtahu ayin,wanie ngn atin lg.mereka kn tgh exam skrg.nnt takut mengganggu .ma sendiri kan nk tgk mereka berjaya.

maa,satu yang kami harapkan.,bila ma sedar lepas ni..kami harap ma dapat terima kenyataan.sebelah mata ma dah tak dpt melihat..tp walau mcm mana sekalipun keadaan ma,kami tetap anak ma.kami tetap syg ma mcm dulu.ma pun akan sayang kami mcm dulu jugak kn.akan layan kami cm dulu jugak kn.kami terima semua ni dgn reda ma.ma pun kene mcm tu jugak tau.ma tetap mak kami dunia akhirat.

ma,kami dah kering air mata ni.dah tak tahu nk pikir ape lg.satu je yg pasti,kami doakan ma sihat.gembira cam dulu.ma kuat kan..ma mesti sedar,ila dah tak boleh fokus kt belajar ni.asyik fikir keadaan ma jerk.org taknak pergi kelas ma,org nk jaga ma kat hospital.abg,kak semua tak pergi kerja ma.semua cuti nak jaga ma.

kami terima takdir Allah.sesungguhnya jika kesakitan tu dpt menghapus dosa-dosa ma,kami terima.kami mendoakan yg terbaik utk ma.kami tahu ma derita tanggung kesakitan,tapi ma kene byk bersabar.lepas ni ma mesti sembuh dan sihat mcm dulu.kami tunggu ma!sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yg terbaik utk hambanya.

maa,kami semua sayang ma.ma kene kuat.kene lawan sakit tuh,.ma kene sembuh.kami perlukan ma.kecian kat ayie ma.sejak hari tuh dia tak dapat lg tgk ma.ayie kecik lg ma.tak tahu apa2 lg.tp bila kami tanya "ayie sayang ma tak.dia ckp"sayang".

kami doakan semoga ma sihat walfiat cam dulu.kalau berkumpul ramai2 boleh bergelak ketawa.ma masak mcm2 utk kami.kami tetap setia di sisi ma.doakan kesihatan ma.ma kene kuat.

kami semua sayang ma!ma cepat2 sembuh k


“Aku mohon kepada Allah Yang Maha Agung, Tuhan yang menguasai arasy yang agung, agar menyembuhkan penyakitmu” [166]


abg mak ngn 2 org adik terlibat dlm kemalangan pd 12september lalu.mak masih tak sedar kini berada dalam unit rawatan rapi.menunggu pembedahan seterusnya pada 16september nnt.pada mereka yg mendoakan,mmberi kekuatan,dan kata2 semangat.terima kasih yg tak terhingga.semoga Allah melindungi kalian.Dan kupinta,dalam tadahan doa kalian mendoakan kesejahteraan ibu bapa kalian,titipkan sedikit doa buat ibuku agar beliau kembali sedar dan sihat seperti biasa.semoga Tuhan dpt membalasnya.


di penghujung ramadhan dan menjelangnya syawal yg bakal tiba.

aku mohon sejuta kemaafan.

selamat hari raya aidilfitri di ucapkan kpd kwn2,pd mereka pengunjung blog.dan dia yg sentiasa di sisi ketika ssh dan senang.

MAAF ZAHIR DAN BATIN.


dari jauh kupohon maaf

~sisilent~

Monday, September 7, 2009

the unnamed feeling..

heyya..

pagi ni kene gagahkan mata=siapkan asemen dan stdy...go!go!go!.;D.
jp lg petang ade exam..*wish me luck*

bosan..!dan tak tahu nak taip ape..

to someone..*diri sendiri sbnrnye*
adakalanya sendirian itu perlu.
tp mana ada manusia y boleh hidup
sorang-sorang dia aje.
berkawan itu perlu..tapi kalau berteman
y mbawa maksud teman hidup..
hailaa..*perlu difikirkan 2 3 4 kali mungkin*

zaman sekolah dari tingkatan 1 sampai tingkatan 5
pengalaman mengajar
"boys are not to be trusted in relationships,but they made greatfriends"..
sbb tu skrg kalo difikir balik,aku tak kisah hubungan kita sekadar kawan
mungkin lebih bernilai dr kita melangkah lebih jauh..

atau..

aku y takut dgn kenyataan,???

once u do get close to someone u have a hard time
letting go n get real down if u lose him/her

memang kenyataan
you're afraid to love because you're afraid of losing,,,kan??
and yess!!..sgt2 takot!.;p.*straight face*

dan aku pon dgn rajennye mnjwb kuiz personality nihh..;))

CAN YOU DEAL WITH REJECTION..?

dan mmg betullah jwpnnya.*senyum sumbing*

you're afraid of rejection

You're afraid of rejection because of past experience.(wait.wait!!pengalaman lalu??hrmm,-form1=sorry sbb aku kau berubah) It always leads to heart break or feels like you're not good enough for whatever reason.(maybe la kot.;(^,-) You would do whatever it takes to avoid rejection. You would lie to yourself so that you won't get hurt when rejection comes(ha-ha-ha-ha...blom bersedia lg)


I ain't affected by harmless flirt

reality bites,lying hurts
~sisilent~![^^]v

Sunday, September 6, 2009

say it best when we say nothing at all

the smile on your face lets me know that
you need me
there's a truth in your eyes saying u'll
never leave me
the touch of ur hand says u'll catch
me whenever i fall
you say it best...when u say nothing at all..

"bila dga lagu ni teringat kat kau..."

all day long i can hear people talking out loud
but when u hold me near,you drown
out the crowd
try as they may they can never define
what's been said between your heart and mine..


rindu kau

rindu mereka.
rindu sekolah
rindu kenangan itu

reality bites,lying hurts
~sisilent~.[^^]v

jika engkau pergi

Bermulanya semua hanya dengan rasa
ada saja yang tak kena
Rupanya kau berkasih
Menyingkir setia
Sandiwara penuh dusta

Kini ku beri satu amaran
Jangan nanti jadi cabaran
Aku ingin kau memadam kenangan
Menjadi mimpi berterbangan

Jika engkau pergi, bulan dan bintang tetap masih di langit
Jika engkau pergi, air mengalir takkan berhenti
Jangan khuatir tentang diri ku
Ku janji takkan merindui mu

Bermusim resah hadir membelai
Menyentuh hati kecewa
Janji sehidup semati
Tinggal tiada lagi
Impian hancur depan mata

Semakin terungkap kepastian
Biarlah ku rela melepaskan
Pada mu cinta cuma lah mainan
Sekadar untuk senda bersama

Puas sudah ku berikan engkau segalanya
Jalan cerita pun nyata akan berubah


lots of lurve

~sisilent!~[^^]v

Saturday, September 5, 2009

COMING SOON..[^^]v


EXAM!!
Isnin-7/9/09=2.30pm-4.30pm(water&wasterwater engineering)
Selasa-8/9/09=2.30pm-4.30pm(advanced structural analysis&design)

wish me luck!!..(^,-)

BALIKKK KAMMPOONGG(TERENGGANUU)
Selasa-8/9/09=10.30pm till 13/9/09
Khamis-17/9/09 till 27/9/09

hooyeahh raye~!!

peace!!
sisilent.[^-^]v

R.I.N.D.U

heyya


whoaa..apsal ptg nih tak rase ngantokk lak!.selalu tyme2 cenggini dah enak dibuai mimpi smbil plok myLA..
huuhu.;p

naa,asek duk belek2 fon tjumpe lah video nih..mase bfday dulu.lame sudah!..
missing everything already.miss u guys!




sorry,terlupe nk rotate dulu
[^^]v

million thanks to
buddy
tiny
sya
mija
anem
nurul

peace,
sisilent

aku bukan untukmu..

..

antara kita tercipta jurang
dunia kita berbeza.
pergi dan jangan kembali.
aku terima.
kau hadir
kau pergi
sesuka hati.
dan aku
terus menunggumu di sini...


Sunday, August 30, 2009

hati yang terusik..




duhai mata,pejamlah..
knp tak boleh tdo.?
duhai hati,janganlah menangis.
knp perlu sensitif gini gaye.?
duhai tangan,janganlah kau sapu airmata,
jgn biarkan ia mengalir..

pergilah kenangan.biarkan aku sendirian di sini..!



naaa..
rindu padaMu ya Allah..

Saturday, August 29, 2009

kembali pulang.

bintang terlihat terang
saat dirimu datang

cinta yang dulu hilang
kini kembali pulang


lihatlah dia mulai bernyanyi
coba merangkai mimpi

cinta yang dulu pergi
kini datang kembali

wajahmu mengingatku
dengan kekasihku dulu
wajahmu mengingatkan

dengan masa laluku


kekasih yang dulu hilang
kini dia tlah kembali pulang
akan ku bawa dia terbang
damai bersama bintang

kekasih yang dulu hilang
kini dia tlah kembali pulang
betapa senang ku dendangkan
dia takkan ku lepaskan

wajahmu mengingatkanku
dengan kekasihku dul
u
wajahmu mengingatkanku
dengan masa laluku

brother

psstt...mybrader ariff minat beno ngn lagu nih..
ari2 psg lagu nih smpai aku skali da jd suke..
best jugak lerr seposen.;))

layannzz!!

Friday, August 28, 2009

ke'busy'an melanda..;p

salam y'all.


heyya..
da masuk ari ke-7 pose..amcam okeyh tak.?.oke la kan..tambahkan amalan sunat,p trawih
bukak pose ngn kwn2..beli kueh mcm2 kat bazar.bangun sahurr.n mcm2 lg..
pengalaman tuh!!..:))


whoaaa..
sem ni mmg manyak2 bizi ouh..nak2 sbjct GROUP PROJECT!!.
pergghh..mmg mcabar kewibawaan btol..+ sbjct ASAD yg manyak kne hafal formula..
kira2..tiang..dinding..n mcm2 lg lahhhhhhh!!

berbalik pasl grup project(GP) nih..hayyak..grup ktorg kne tuko tajuk plk..
ni sbb sstgh mnsia y ssh nk bg kerjasaamma..haila....
kak..."CE bkn psl bangunan je keyh!!"..*sigh*

ktorg da nk msok chapter 3 tuhh..!!!alih2 kne wat tjuk len..tp okeyh gakkkkk..muhaha..
nmpknye kne bjaga siang mlm lg lah psnih..takpa2..lg 7 bln je lg nk kusut musut pkiran..
pg2 mnum kopi kaw2 nk ilangkan ngntok,,hadap buku..lptop24jam..pahni buhbyee la kjp..
nx year da abisss..hooo0yeah..hoo0yeah!!..*tersenyum sumbing**..kahkah..

ttbea jd rajen lak nk mnaip sgla mcm pd ptg2 yg damai nih..*blurr*..
pdhal asemen WWE+HE+ASAD=sdg tunggu utk dimanjakan..nk kne submit esok lusa tulat!!!..:D
huaaa..putus fius kejap!!..

rasa cm nk terjun lari g gunung ntahpape name.lepak situ 2 3 bln smbil mkn biskut meryy ilangkan tension!

xpe..bulan pose ni mnguji kesabaran..arap2 kesabaran membawa kejayaan!..fuhyo0o.;))
dah kuar ayat serbiaa die..;p..

hrmm..nnt la aku update lg cter2 sensasi hot meletop gitu!!..*yela sgt*!..huahua.;))

btw,saje je nk gtawwww....
aku da abis bc novel tjuk "5 tahun 5 bulan"..x kurang 15 minit yg laluu.:))
perghh syiokk abisss!!..

ya ya ya ya ..yabedabeduuu..aku da jatuh cinta ngn HLOVATE!!!!!!
memahami jiwa manusia remaja macam... aku..!!toing.toing.toing.;p
**ceyt,,remaja la sgt**..

"semua org belajar,semua orang membesar,:
tetapi tdk semua org mjadi dewasa.
selagi hidup bersama masa,maka selagi
itu juga yg hidup itu dewasa bsama usia.".

sekian shj utk arini..
wassalam..

sisilent
-selamat berbukeee-;))


Friday, August 7, 2009

bila sudah kembali..

salam yall..


perghh..
shoohh..shoohh..fuh..fuh..*lap2 cket*..dah brabuk blog aku nih.
gler lame x bukak merepek merapu kt cni..mcm da bosan lak.
tp kini kembali slow2..hoho..
*bz meyh*....

haiyak.
bila da lme x mngarut kt cni,,mcm2 cerita aku nk tulis.
byk ouh..cerita sedih,gembira..mcm2 ada!!..hoho

nak mula dr mane dulu eak..
hrmm,,kne pk sat..


ape kate sat2 g je la aku crita..
hahaha'
mls plk nk menaip pjg2
saje je nih merapu nk gtaw korang..aku still wujud lg kt cni.
cuma jarang menulis dah..

btw,
miss yall damn much!!!


Tuesday, June 2, 2009

jendela hati

reality bites and lying hurts

"lontarkan
..kalau tidak ia meracun
kongsikan
..walau hanya pada awan-awan"

Allah takkan bebankan hambaNya dgn
apa yg dia tak mampu!


hidup tak selalunya lawa
tak selalunya ada pelangi
kalau nak kata a bed of roses pun,duri-durinya tetap ada
kadang-kadang..bilamana malapetaka tu dtg
terasa mcm kene gelek ke bumi dek ahli sumo
rasa macam dah tak mampu bangkit
rasa macam dah tak mampu hela nafas

kisah hidup kite memang berbeza
tp kita tetap pandang bulan dan bintang yg sama.

"Adakah mereka merasakan mereka telah beriman
sedangkan mereka belum teruji?"
Al-Ankabut(29:2)

ayat yg dipegang mengubat luka bila hati di uji
when faith is put at test
sesungguhnya Allah bersama orang-orang yg sabar
itu janjiNya.


aku ingin hidup secerah mentari pagi
yg mnyinari di taman hatiku
aku ingin seriang kicauan burung
yang terdengar di jendela kehidupan

aku ingin segala-galanya damai
penuh mesra membuahkan ceria
aku ingin menghapuskan duka dan lara
melerai rindu di dalam dada

sedamai pantai yg memutih
sebersih titisan embun pagi
dan ukhwah ini pasti berputik
menghias taman kasih yg harmoni

seharum sewangi kasturi
seindah ceria pelangi
segalanyakan bermula di sini.


"SENYUMLAH dikala gembira
krn itulah sbaik-baik utusan
yg menggambarkan ketenangan di hati
dan SENYUMLAH dikala duka krn
itulah yg menggambarkan kerelaan hati menempuh
ujian setelah kita berpisah sekian lama"-H.....
-terima kasih Tuhan krn dia msh disisi-


dan betul..things are easier said than done.
berat mata memandang berat lg bahu yg memikul
-hlovate-









Friday, May 22, 2009

sampai bila nak abis..

salam.
lme da x jenguk kt cni
huhu

nah ni bc buat2 hilang tensen
huhu

Boss berkata kepada Secretary : Kita akan outstation selama seminggu, jadi
aturkan segalanya.

Secretary menelefon Suaminya : Untuk seminggu boss saya dan saya akan
outstation, awak pandai2 jaga diri nanti...

Suami menelefon Buah Hatinya : Isteri saya akan outstation selama seminggu,
jadi mari kita habiskan masa bersama-sama....

Buah Hati menelefon Murid tuisyennya : Saya kene bekerja selama seminggu,
jadi awak tak perlu datang untuk tuisyen...

Murid tuisyen tersebut menelefon Atuknya : Atuk, untuk seminggu saya takde
kelas sebab cikgu saya sibuk. Mari kita habiskan masa bersama...

Atuk (the 1st boss) menelefon Secretary : Minggu ni saya nak abiskan masa
bersama cucu saya.. Batalkan outstation tuh...

Secretary menelefon Suaminya : Minggu ni boss saya ade kerja, kami dah
membatalkan outstation tu...

Suami menelefon Buah Hatinya : Kita tak dapat nak habiskan masa bersama
untuk minggu ni, isteri saya dah membatalkan outstationnya..

Buah Hati menelefon Murid Tuisyennya : Minggu ni kelas tuisyen mcm biase.

Murid Tuisyen menelefon Atuknya : Atuk, cikgu saya cakap minggu ni saya kene
pergi kelas tuisyen. Sori, saya tak bleh temankan atuk.

Atuk menelefon Secretary : Jangan risau, minggu ni kita outstation. Jadi
uruskan semuanya..

haish....korang bace ulang2 je la smpi penat! hehe.
:P

dipetik dr post buletin PAYJAL..
huhu

Monday, May 11, 2009

meyh meyh kita pakat cakak ganu..

salam sume


huhu

weyh weyh aku nk ajar korg bhsa ganu..
bhsa melambangkn bgsa.
huhu
ttbea lak..

ehem..ehemm..

ni nok oyak v ade bbrape pkataang hok mu blh tgk
pahgop try la cakak sleng ganu deyh..
haha



>skali arung ..sekaligus
> air geh ... air berkabonat,
> jauh sapok ... ..teramatlah jauhnye
> Panah derring ... ... ... panas yg teramat sgt
> comel lote ... ... ... comel yg amat
> ija naung ... ... ... .hijau kehijauan
> sejuk ketto ... ... ..sejuk yg sgt2
> itang lettung ... ... tersangatlaa hitamnya
> punoh jahnang ... ... rosak
> gura bewok ... ... ..gurauan yg menyebabkn pergaduhan
> kona lepe... ... ... kona lipat
> kelecak ... ... ... ..terpelanting
> nakuk paik... ... .penakut yg amat tinggi
> lonjong ... .tinggi sgt especially digunakan utk menyifatkan seseorang yang tinggi
> tinggi nya-yuk... ... sama cm diatas
> masing pekkok... ..teramat masin!
> nipih nayyang ... ..sgt nipis
> maknga ... ... ... ... cuai
> babei... ... ... ... .degil (taktau nak eja camane)
> jabir/supek... ... ... plastic bag je padahal
> koghok... ... ... ... tengkorak
> kehek... ... ... ... .muntahkan semula
> puahsang... ... ... .boring
> meppeh... ... ... ... tak larat
> kepeh blepeng ... ..kempis sgt(sampai mcm lempeng?)
> lapo perut ... ... ..lapar (bahse ganu yg sering berangkai, sebut lapo misti ade perut)
> ngatuk mate ... ... .ngantuk (samela tak ble pisah ni.. kene bitahu eheh)
> bodo dooh lalu ... ... ..bodo yang terlampau
> ko-rok keghing nggoh... .tengkorak yg sudah kering (cm mengata/mengumpat)
> kelecak baghak... ... terpelanting
> kerek tlage ... ... konkrit mengepung telage
> takdok aghoh ... ... ..habis ikhtiar
> khapoh... ... ... ..kerak (goreng pisang etc)
> penuh nembok... ... penuh sampai melimpah ke luar
> gemoK debbok ... ... gemuk
> kuruh kering ... ..sgt kurus
> botok licing ... ... .botak licin (rambut)
> jalang kecok... ... ... ... .jln terhincut2
> gege ... ... ... ... ..bising (besut)
> suke glekek... ... .ketawe menggelekek
> sejuk ketor ... ... terketar-ketar sampai bergegar..hehe
> manih leting ... ... sgt manis
> dulli mung... ... ..tak ambik peduli
> musing ketang caghi ... cari merate-rate
> dok rok ... ... ... letih/tidak terdaya
> bapok gong... ... ..sgt besar gong/sombong
> tule/supetule... ... .serupe je
> berrak nannang... ... sgt berat
> ringang leppung... ..sgt ringan
> ketik nnyamuk... ... digigit nyamuk
> makang kkucing... ..dimakan kucing
> kattok wong ... ... ..katak (siap ade bunyi tuu)
> dop tahu starang... ..tak tahu pun
> busuk kohong... .busuk gile...
> serabuk wehh ... serabut ketika diganggu
> apah nyor... ... hampas kelapa
> anguh letong... ... sangat hangus
> bata golek ... .. boaster/bantal pelok
> bronok ... .. sejenis kuih yg diperbuat drpd sagu
> bekpang ... ... . sejenis kuih yg diperbuat drpd beras pulut
> boloq woq ... ... serabut
> bahang ... ... . pukul kan!
> Bluahh ... ... comot
> ceekiik... ... . cubit-cubitan
> dokdang ... ... . tak sempat
> iiising ... ... . gile dooo
> ikang aye ... ... ikan tongkol
> tunggu bbetor ... ... . tunggu sekejap
> Kupik ... ... ... kedekut
> Lembek ... .. tilam
> Lambur ... ... . beranda/balkoni
> meroh merang ... ... ..merah sangat
> musing ligak ... ... ... berpusing2
> musing ketang ... ... ... berpusing2
> nye-nyeh ... ... .. mengada-ngada
> nisang ... ... .gula melaka
> skekk ... .. sedikit
> sejjek ... ... masjid
> sekut merri ... ... biskut merrie
> se'eh peruk... ... kenyang sangat
> sorok... ... . drawer
> tawor hebbe ... ... . tawar gile
> tohok... ... buang
> senyak tupah... ..senyap sunyi
> beso jalo... ..sudah besar(org)@dewasa
> kecik tuik... ..kecil sgt2 pucak
> bising bango... ..bising sgt
> uduh sepang... ..sgt hodoh
> sepang ko'ong... ... . sgt2 hodoh
> uduh sepang ko'ong... ... . sgt2 hodoh/ mmg terlalu hodoh
>tupul glebek... ..tumpul(cm pisau ke)
> patoh riok... .patah(tangan)
> pendek kettok... ..pendek ah
> gelak kattok... ... gelap gelita
> kuning siyor... ... kuning
> buruk leppok... ..baru
> toho leppeh... ..air yg cetek
> Wohhulu ... .. bahulu
> tubek ... ... .keluar
> panah ketik... ... .. panas yang teramat
> paik nepang... ..pahit yg amat2
> kuba balo... .kerbau yg ada wana perang2
> beng ikang... ... ... van@lori yg bawa ikan
> nebeng ngoh... ... ter over pekat likat... ..pekat ah wak
> mmunoh... ..merosakkan
> kenayat... ... khianat
> ngate riti ... ... . bersepah
> lokkk ... ... ... ... .biarkan
> nnjaa... ... ... terajang
>bakper..... kenapa
>stor...... sekejap stor jer mung gi? Sekejap jer awak pergi
>waser... merasakan
>gop... ... juga
>etek... .. juga

ada any tambahan? silalah postkan.. hehehe..


hahaha

p/s-sila anta komen lam bhsa ganu yer,.prktse make perfect!!
hahaah

Related Posts with Thumbnails
tHe.uNtoLd.sToRieS © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute