Doa pembuka 12 pintu





Ya Allah, bukakanlah untukku pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu kesihatan, pintu-pintu nikmat, pintu-pintu keberkatan, pintu-pintu kekuatan, pintu-pintu cinta sejati, pintu kasih sayang, pintu-pintu rezeki, pintu-pintu ilmu, pintu-pintu keampunan dan pintu-pintu syurga. Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

sentiaSa beRsaMa

Tuesday, April 13, 2010

Tired of Waiting

Ingatkah kau akan aku?
Aku pendengar masalahmu,
biarpun hanya suatu masa indah dahulu.

Aku harap kau tak lupa
aku yang setia meminjam telinga,
meluangkan masa
agar lega kau sentiasa.

Aku yang,
tiap kali sedari padamu tak kena,
pecahkan tembok malu ku bertanya.
Dan tiap kali itu juga,
sudi kau luahkan padaku,
bercerita.

Aku faham jika kau sudah lupa,
sebab kini semuanya beda
sejak kau sedari aku anggap kau istimewa,
lebih daripada teman biasa.
Tambah pula,
kau sudah mula berdua dengan si dia.
Mungkin hatinya jua,
perlu kau jaga.

Aku faham.
Kini kau sudah ada dia.
Semoga kau gembira.
Aku ada di sini jika sebaliknya.

jangan lupai aku
-puisi pantas pendek-
thanks

p/s :
lima tahun bukan satu jangka masa yg pendek. aku di sini kau di sana. jarak memisahkan. kita tetap bersama. Tapi itu dulu, sebelum kau bertemu dia. Skrg,kau beransur-ansur menjauhi aku,temanmu. Tapi aku terima. Melihatmu tersenyum,kebahagiaanku. Oleh itu,aku akhiri kisah ceritera kita di sini.Demi kau. Simpan erat kemas-kemas rasa sayang aku,kerana takkan ada lagi rasa itu selepas ini. Aku takkan merindui ,tapi aku tak janji boleh melupakan kau.Mendoakan kau bahagia.Sentiasa. THE END!


hugs
sisilent [^^]v
reality bites,lying hurts!

0 bintang jatuh:

Related Posts with Thumbnails
tHe.uNtoLd.sToRieS © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute