Doa pembuka 12 pintu





Ya Allah, bukakanlah untukku pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu kesihatan, pintu-pintu nikmat, pintu-pintu keberkatan, pintu-pintu kekuatan, pintu-pintu cinta sejati, pintu kasih sayang, pintu-pintu rezeki, pintu-pintu ilmu, pintu-pintu keampunan dan pintu-pintu syurga. Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

sentiaSa beRsaMa

Thursday, October 16, 2008

wARkAh UntUK hAWA..

Hawa,
Andai engkau masih remaje, jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu, andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan addin Allah.

Hawa,
Andai engkau belum berkahwin jangan kau risaukan jodohmu, ingatlah Hawa janji Tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan dimulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam dan sekaligus disusuli dengan pertemuan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri...

Hawa….
Lelaki yang baik tidak melihat pada paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, kemanjaannya serta kemampuannya menggoncang iman kaum lelaki, tetapi lelaki yang baik menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yang paling penting pegangan agamanya.

Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk menggodanya. Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita yakni sebuah perkahwinan.

Oleh itu Hawa,
Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkanlah pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu, biarlah cinta dari kedua ibubapamu yang memberi hangat kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik-beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu.

Hawa….
Cintailah Allah dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga mencintai Allah. Cintailah kedua ibubapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah. Cintailah keluargamu kerana kau tidak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga.

Janganlah sesekali tangan yang menggoncang dunia juga yang menggoncang iman lelaki.


0 bintang jatuh:

Related Posts with Thumbnails
tHe.uNtoLd.sToRieS © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute