hukhukk..
tajuk entry agak poyo cket..haha
ade mcm nk sekeh tak???
kehkeh..

papehal pon thanx a lot pd pemberi award ni..julietANNA.
huhu..
selamat berkenalan..hahaha
jadilah follower yg bijak pandai..
hahaha
mekasih
daKwAt peNaKu hiTam,uSah piNtaKU meLuKIs peLaNgi..

one thing,
bila reading here please do not discount your kerja
your solat time
your belajar time
your office time
dengan hanging around kat sini
i've the saham oso
make it good =)
enjoy reading and shoutouting
may Allah bless


Malaikat Izrail:"Allah telah utuskan aku untuk mengambil kamu bagi mencipta manusia."Sahabatku, kerna itulah di saat kematian kita nanti malaikat Izrail diperintahkan untuk mencabut nyawa kita. Tanah sendiri mengakui bahawa manusia itu akan melakukan kerosakan di atas muka bumi ini. Ternyata semuanya terjadi sepertimana yang kita lihat sekarang. Tujuan Allah jadikan kita daripada tanah supaya kita tidak merasa sombong di atas muka bumi. Tetapi lihatlah apa yang terjadi sekarang. Manusia merasakan bahawa mereka adalah raja bumi ini. Langsung tidak memikirkan makhluk-makhluk lain yang turut hidup mengikut sunnatullah seperti manusia, malah kepatuhan mereka terhadap Allah mengatasi manusia itu sendiri.
Tanah:"Kami tidak mahu.Pasti manusia akan melakukan kerosakan di Bumi nanti."
Malaikat Izrail:"Aku tidak kira. Allah lagi aku takuti dari kamu.Aku akan tetap mengambil kamu."
Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat,"Sungguh Aku akan menciptakan manusia dari tanah liat kering dari lumpur hitammenyempurnakan (kejadian)nya, dan Aku telah meniupkan ruh ciptaanKu ke dalamnya, maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud(sebagai penghormatan)."(Al-Hijr:28~29)Ingatlah bahawa kita ini asalnya hanyalah dari tanah dan dengan tiupan ruh Allah muliakan kita. Ruh itu dari Allah yang kudus.Bayangkan tanpa ruh,tidak mungkin akan sempurna kejadian kita. Lihatlah, betapa Allah menyayangi kita. Kita lebih istimewa berbanding makhluk lain. Tetapi, kita sering lupa akan sayangnya Allah pada kita. Kita lebih gemar melakukan perkara-perkara yang dilarangNya yang bertentangan dengan fitrah kejadian manusia. Keseronokan dunia, hiburan, pangkat dan segala nikmat di dunia ini lebih indah di mata kita. Kita sering takut akan kehilangan pangkat yang kita miliki, kekayaan yang kita perolehi dan sebagainya. Setiap saat kita hanya memikirkan bagaimana untuk menambah sumber kewangan, bagaimana untuk mencantikkan diri serta bagaimana untuk menghiburkan diri yang kebosanan. Malangnya, jarang sekali setiap saat kita berfikir bagaimana untuk mendekatkan diri pada pencipta kita atau bagaimana untuk menambah amal ibadat kita serta meningkatkan kualiti ibadah kita. Manusia lupa Tuhannya, lupa tujuan hidupnya lantaran terlalu mengejar duniawi. Sedangkan ketenangan dan kebahagiaan yang abadi adalah ketika manusia itu kembali kepada penciptaNya.
yang diberi bentuk. Maka apabila Aku telah
"Sungguh Allah membentangkan tanganNya setiap malam agar orang yang berbuat kejahatan di siang hari mahu bertaubat. Dan Dia juga membentangkan tanganNya di siang hari agar orang yang berbuat kejahatan di malam hari mahu bertaubat."Sahabatku, apakah kita tahu, siapa Rabb kita? Apakah kita merasakan kebesaran, kasih sayang dan makrifat Allah dengan hambaNya?Mari kita amati hadith qudsi ini;
(HR Imam Muslim dan Ahmad)
"Wahai Bani Adam, kalian tidaklah (sungguh-sungguh) berdoa dan mengharap padaKu, Aku akan mengampuni dosa-dosa kalian dan Aku tidak peduli. Wahai Bani Adam, jikalau dosa kalian mencapai awan di langit, lalu kalian minta ampun padaKu, Aku akan mengampuni kalian, dan Aku tidak peduli. Wahai Bani Adam, jikalau kalian datang padaKu dengan dosa sebesar ukuran bumi, tetapi kemudian kalian mendatangiKu dengan tanpa berbuat syirik padaKu, maka Aku akan mendatanganimu dengan ampunan sebesar itu pula."(HR At-Tirmidzi)Subhanallah..kasih sayang Allah mendahului kemurkaanNya. Tiada kasih sayang insani yang mampu menandingi kasih sayang Ilahi. Sungguh Allah itu Maha penyayang lagi Maha Pengampun. Sayangnya Allah pada kita kerna Dia tidak mahu ciptaanNya merosakkan dirinya sendiri. Bayangkan seorang jurutera yang mencipta robot. Pasti dia tidak mahu ciptaannya rosak. Pasti disayanginya dan dijaga setiap hari agar dapat berfungsi dengan baik. Sahabatku, begitulah juga Allah selaku pencipta kita. Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Jadi, mengapa kita perlu mengingkari perintahNya? Dia telah membentangkan tangannya siang dan malam, menanti hambaNya kembali kepadaNya, tetapi mengapa kita masih menyombongkan diri untuk kembali padaNya?Fikir-fikirkan dan renung-renungkanlah.......



