Doa pembuka 12 pintu





Ya Allah, bukakanlah untukku pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu kesihatan, pintu-pintu nikmat, pintu-pintu keberkatan, pintu-pintu kekuatan, pintu-pintu cinta sejati, pintu kasih sayang, pintu-pintu rezeki, pintu-pintu ilmu, pintu-pintu keampunan dan pintu-pintu syurga. Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

sentiaSa beRsaMa

Thursday, April 23, 2009

kembalilah..

salam.


aku ingin menulis.meluahkan apa yg tbuku difikiran aku ketika ini.baru sj usai mmbc satu artikel yg bertajuk,"wahai manusia kembalilah pd fitrah."
pada hakikatnya dlm hati manusia ada fitrah utk sentiasa melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan.
nurani manusia itu sendiri selalu merindukan kedamaian dan ketenangan.
jauh dlm lubuk hati manusia pd dasarnya selalu ada kerinduan utk terus mengikuti jalan agama yg benar.
manusia itu sendiri apa yg mereka mahukan dlm hidup ini,apa yg mereka cari,mereka sendiri tgk mengerti dan mengetahuinya.

apakah amalan kita pd hari ini cukup untuk kita bawa sebagai bekalan untuk kehidupan di sana kelak.?
kita tahu kita berada di landasan yg salah,tp kita tetap melakukannya.itulah kita manusia.
hati aku menangis."ya Allah masih adakah kesempatan untuk aku lalui hari2 esok.?masih adakah kesempatan untuk aku bertaubat kembali ke jalanMu ya Allah.?".
kelak,akan diterimakah amalan2ku di atas dunia ini.?
sesungguhnya Kaulah Tuhan yg Maha Mengetahui.


petikan dr artikal yg aku bc dan ingin dkgsikan bsama anda semua

Manusia biasa itu tidak dapat lari dari melakukan pelbagai kesalahan terhadap penciptaNya lantaran fitrah manusia itu lemah, memiliki nafsu dan syaitan yang akan sentiasa menjadi penggodanya selagi bernafasnya dia di atas muka bumi ini. Begitulah kita, hanyalah makhlukNya yang dijadikan dari tanah yang lagi hina tetapi dimuliakan dengan dituipkanNya ruh ke dalam jasad kita ketika proses penciptaan manusia. MasyaAllah... Allah jadikan kita dari setinggi-tinggi dan serendah-rendah perkara. Ketika Allah ingin mengambil tanah untuk mencipta manusia, Allah utuskan satu-persatu malaikat untuk berjumpa dengan tanah, tetapi semua tanah tidak mahu kerna mereka tahu bahawa manusia akan membuat kerosakan di Bumi nanti. Sehinggalah saat Allah mengutuskan malaikat Izrail, semua tanah tetap mengatakan perkara yang sama.
Malaikat Izrail:"Allah telah utuskan aku untuk mengambil kamu bagi mencipta manusia."
Tanah:"Kami tidak mahu.Pasti manusia akan melakukan kerosakan di Bumi nanti."
Malaikat Izrail:"Aku tidak kira. Allah lagi aku takuti dari kamu.Aku akan tetap mengambil kamu."
Sahabatku, kerna itulah di saat kematian kita nanti malaikat Izrail diperintahkan untuk mencabut nyawa kita. Tanah sendiri mengakui bahawa manusia itu akan melakukan kerosakan di atas muka bumi ini. Ternyata semuanya terjadi sepertimana yang kita lihat sekarang. Tujuan Allah jadikan kita daripada tanah supaya kita tidak merasa sombong di atas muka bumi. Tetapi lihatlah apa yang terjadi sekarang. Manusia merasakan bahawa mereka adalah raja bumi ini. Langsung tidak memikirkan makhluk-makhluk lain yang turut hidup mengikut sunnatullah seperti manusia, malah kepatuhan mereka terhadap Allah mengatasi manusia itu sendiri.
Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat,"Sungguh Aku akan menciptakan manusia dari tanah liat kering dari lumpur hitammenyempurnakan (kejadian)nya, dan Aku telah meniupkan ruh ciptaanKu ke dalamnya, maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud(sebagai penghormatan)."(Al-Hijr:28~29)
yang diberi bentuk. Maka apabila Aku telah
Ingatlah bahawa kita ini asalnya hanyalah dari tanah dan dengan tiupan ruh Allah muliakan kita. Ruh itu dari Allah yang kudus.Bayangkan tanpa ruh,tidak mungkin akan sempurna kejadian kita. Lihatlah, betapa Allah menyayangi kita. Kita lebih istimewa berbanding makhluk lain. Tetapi, kita sering lupa akan sayangnya Allah pada kita. Kita lebih gemar melakukan perkara-perkara yang dilarangNya yang bertentangan dengan fitrah kejadian manusia. Keseronokan dunia, hiburan, pangkat dan segala nikmat di dunia ini lebih indah di mata kita. Kita sering takut akan kehilangan pangkat yang kita miliki, kekayaan yang kita perolehi dan sebagainya. Setiap saat kita hanya memikirkan bagaimana untuk menambah sumber kewangan, bagaimana untuk mencantikkan diri serta bagaimana untuk menghiburkan diri yang kebosanan. Malangnya, jarang sekali setiap saat kita berfikir bagaimana untuk mendekatkan diri pada pencipta kita atau bagaimana untuk menambah amal ibadat kita serta meningkatkan kualiti ibadah kita. Manusia lupa Tuhannya, lupa tujuan hidupnya lantaran terlalu mengejar duniawi. Sedangkan ketenangan dan kebahagiaan yang abadi adalah ketika manusia itu kembali kepada penciptaNya.

Sahabatku,

Allah tidak kisah semua itu kerna Dia tidak akan rugi biarpun hambaNya melupaiNya. Tetapi, walaupun kita sering lupa akan Dia yang sentiasa mengawasi kita, walaupun dosa kita menggunung sekalipun, walau sejahil mana diri kita di masa silam, Allah bersedia menerima kembali hamba-hambaNya yang ingin bertaubat. Subhanallah...betapa kasih sayang Allah itu tidak bertepi. Siang malam dia menunggu hamba-hambaNya kembali kepadaNya.
"Sungguh Allah membentangkan tanganNya setiap malam agar orang yang berbuat kejahatan di siang hari mahu bertaubat. Dan Dia juga membentangkan tanganNya di siang hari agar orang yang berbuat kejahatan di malam hari mahu bertaubat."
(HR Imam Muslim dan Ahmad)
Sahabatku, apakah kita tahu, siapa Rabb kita? Apakah kita merasakan kebesaran, kasih sayang dan makrifat Allah dengan hambaNya?Mari kita amati hadith qudsi ini;
"Wahai Bani Adam, kalian tidaklah (sungguh-sungguh) berdoa dan mengharap padaKu, Aku akan mengampuni dosa-dosa kalian dan Aku tidak peduli. Wahai Bani Adam, jikalau dosa kalian mencapai awan di langit, lalu kalian minta ampun padaKu, Aku akan mengampuni kalian, dan Aku tidak peduli. Wahai Bani Adam, jikalau kalian datang padaKu dengan dosa sebesar ukuran bumi, tetapi kemudian kalian mendatangiKu dengan tanpa berbuat syirik padaKu, maka Aku akan mendatanganimu dengan ampunan sebesar itu pula."(HR At-Tirmidzi)
Subhanallah..kasih sayang Allah mendahului kemurkaanNya. Tiada kasih sayang insani yang mampu menandingi kasih sayang Ilahi. Sungguh Allah itu Maha penyayang lagi Maha Pengampun. Sayangnya Allah pada kita kerna Dia tidak mahu ciptaanNya merosakkan dirinya sendiri. Bayangkan seorang jurutera yang mencipta robot. Pasti dia tidak mahu ciptaannya rosak. Pasti disayanginya dan dijaga setiap hari agar dapat berfungsi dengan baik. Sahabatku, begitulah juga Allah selaku pencipta kita. Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Jadi, mengapa kita perlu mengingkari perintahNya? Dia telah membentangkan tangannya siang dan malam, menanti hambaNya kembali kepadaNya, tetapi mengapa kita masih menyombongkan diri untuk kembali padaNya?Fikir-fikirkan dan renung-renungkanlah.......


masih belum terlambat untuk aku kau kembali ke jalanNya.
untuk kita sama2 bertaubat kpdNya.
krn esok belum tentu milik kita
ampuni dosa kami ya Allah





"Wahai jiwa yang tenang!Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhaiNya.Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu,dan masuklah ke dalam syurga-Ku."(Al-Fajr:27-30)




0 bintang jatuh:

Related Posts with Thumbnails
tHe.uNtoLd.sToRieS © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute